Kerjaya Chacha_Maembong

Ramai sebenarnya tidak mengetahui bahawa Chacha terlebih dahulu terjun ke dunia hiburan berbanding kakaknya tetapi tuah tidak menyebelahinya. Kalau ada yang masih ingat, beliau pernah berlakon di samping Eina Azman dan Afiq Muiz dalam drama Mimpi Cinderella suatu ketika dahulu. Dan berlakon di samping sepupunya Nelydia Senrose dalam drama Setia Hujung Nyawa.

Beliau juga pernah muncul bersama Zain Saidin dalam muzik video "Lebih Indah" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza yang dimuatkan dalam album Fragmen.[5] Chacha berlakon di samping Nur Risteena dan Fattah Amin dalam drama Playboy Itu Suami Aku.

Pada November 2015, Chacha tampil dengan sebuah drama bersiri 26 episod bertajuk Cinta Dari Marikh arahan Syafiq Yusof yang menggandingkan beliau bersama Fattah Amin, turut dibintangi oleh A. Galak, Amyza Aznan, Harun Salim Bachik dan ramai lagi. Drama ini berkisarkan tentang Aiman, seorang jejaka yang jatuh cinta dengan makhluk asing dari Planet Marikh iaitu Nova (Chacha).[6]

Kemunculan sulungnya di layar lebar bermula pada 2017 menerusi filem Malaysia-Bollywood Aku Bukan Terrorist arahan Arjin Uppal. Chacha memegang watak sebagai Dayana.[7] Pada tahun yang sama, beliau berlakon di samping Amar Asyraf, Syazwan Zulkifli, Nazeera Sardi dan Ruhainies Farehah dalam drama Menantu Bilal untuk siaran di Slot Dahlia TV3.

Rujukan

WikiPedia: Chacha_Maembong http://www.kosmo.com.my/hiburan/chacha-tidak-lagi-... http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_hiburan&f... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.murai.com.my/berita/tempatan/article/ar... http://www.utusan.com.my/hiburan/chacha-trauma-mem... http://www.utusan.com.my/hiburan/taat-setia-chacha... http://mynewshub.my/2013/09/28/iqwal-hafiz-teman-t... https://www.facebook.com/Chachamaembong https://www.instagram.com/Chachamaembong/ https://twitter.com/Chachamaembong