Kisah Chang'e

Sebelum Chang'e menjadi dewi, bumi ada sepuluh biji matahari yang menyebabkan kepanasan yang amat terik sehingga menyiksa penduduk bumi. Houyi, si pemanah legenda akhirnya memanah sembilan dari sepuluh matahari tersebut. Houyi kemudian menjadi terkenal dan lupa akan isterinya, Chang'e. Atas jasanya, Houyi dihadiahi sejenis bahan atma jiwa yang akhirnya diminum oleh Chang'e. Ada versi lain yang mengatakan bahawa seorang orang bawahan Houyi mencemburui pencapaian dan kemasyhuran pemanah itu. Maka, dia cuba mencuri atma jiwa milik tuannya, tetapi dipatahkan oleh Chang'e. Atas sebab terdesak, Chang'e akhirnya meminum atma jiwa itu sampai habis lantas melayang ke bulan. Begitulah Chang'e menjadi Dewi Bulan.