Charlemagne
Charlemagne

Charlemagne

Charlemagne (Latin: Carolus Magnus yang bermaksud Charles Agung) (742/74728 Januari 814) ialah raja kaum Frank sejak dari tahun 768 sehingga kemangkatannya. Baginda memperluas kerajaan Frank menjadi Empayar Frank yang menggabungkan kebanyakan kawasan Eropah Tengah dan Barat. Semasa pemerintahannya, baginda menaklukkan Itali dan dimahkotai sebagai Maharaja oleh Paus Leo III pada 25 Disember 800 dalam apa yang dapat dipertahankan sebagai suatu percubaan untuk menghidupkan semula Empayar Rom. Melalui penaklukan asing dan reformasi dalaman, Charlemagne membantu mentakrifkan Eropah Barat dan Zaman Pertengahan. Pemerintahannya juga dikaitkan dengan Zaman Pembaharuan Carolingian, suatu penghidupan semula seni, agama, dan budaya.Nama asal Charlemagne dalam bahasa Frank Lama tidak pernah dicatat, tetapi nama terawalnya yang diketahui dalam bahasa Latin ialah "Carolus" atau "Karol's". Putera kepada Raja Pippin si Katik dan Bertrada dari Laon, Charlemagne mewarisi bapanya dan memerintah bersama-sama dengan adiknya, Carloman sehingga kemangkatan adik itu pada tahun 771.Charlemagne meneruskan dasar bapanya terhadap kepausan dan menjadi pelindungnya, menghapuskan kuasa kaum Lombard di Itali, dan bertempur dengan kaum Saracen yang mengancam kerajaannya dari Sepanyol. Adalah dalam salah satu kempen ini di Roncesvalles (778) bahawa Charlemagne mengalami kekalahan yang paling teruk dalam hidupnya. Baginda juga berkempen terhadap orang-orang di timurnya, khususnya kaum Saxon dan selepas sebuah perang yang berlarutan, berjaya menaklukkan mereka. Melalui menjadikan mereka beragama Kristian, Charlemagne menyepadukan mereka ke dalam kerajaannya dan dengan itu, membuka jalan untuk Dinasti Otto yang kemudian.Dianggap pada hari ini sebagai pengasas kedua-dua negara Perancis serta Jerman, dan kekadang juga sebagai Bapa Eropah, Charlesmagne ialah raja pertama untuk sebuah empayar Eropah Barat sejak kejatuhan Empayar Rom. [1] H. G. Wells berkata dalam bukunya Sejarah Dunia Ringkas:

Rujukan

WikiPedia: Charlemagne http://www.bartleby.com/86/45.html http://www.britannica.com/eb/article-256627/Charle... http://www.datesofhistory.com/Charlamagne-I-the-Gr... http://www.findagrave.com/cgi-bin/fg.cgi?page=gr&G... http://www.myarmoury.com/feature_charlemagne.html http://www.thelatinlibrary.com/ein.html http://www8.informatik.uni-erlangen.de/cgi-bin/sto... http://www.fordham.edu/halsall/basis/einhard.html http://www.ac.wwu.edu/~stephan/Rulers/charlemagne.... http://www.reportret.info/gallery/charlemagne1.htm...