Charles_Jessel
Charles_Jessel

Charles_Jessel

Sir Charles James Jessel, 1st Baronet DL, JP (11 Mei 1860 – 15 Julai 1928),[1] ialah seorang peguam, majistret dan ahli perniagaan British.Beliau merupakan Naib Pengerusi Syarikat Borneo Utara British (BNBC) (1903—1909).Bandar raya Kota Kinabalu sebelum ini digelar "Jesselton" selepas BNBC mula beroperasi di Borneo.[2]Chares Jessel ialah anak sulung Sir George Jessel, Master of the Rolls, dengan Amelia Moses. Herbert Jessel, 1st Baron Jessel, adiknya.[3] Beliau dianugerah gelaran Baronet, Ladham House dalam parish (kariah) Goudhurst di Wilayah Kent, pada Mei 1883,[4] sempena bapanya yang meninggal dunia pada bulan Mac tahun itu. Jessel juga Deputy Lieutenant (DL) dan Justice of the Peace (JP) (Jaksa Pendamai) bagi Wilayah Kent di England,[3]dan berkhidmat sebagai High Sheriff of Kent pada tahun 1903.[5]Jessel berkahwin dengan Edith Goldsmid, anak Sir Julian Goldsmid, 3rd Baronet, pada tahun 1890. Mereka dianugerahkan dua anak lelaki dan dua anak perempuan. Jessel meninggal dunia pada Julai 1928, pada usia 68 tahun, dan gelarannya diwarisi anak sulungnya, George. isterinya, Lady Jessel, meninggal dunia pada tahun 1956.[3]