Charles_V,_Maharaja_Suci_Rom
Charles_V,_Maharaja_Suci_Rom

Charles_V,_Maharaja_Suci_Rom

Untuk Raja Carlos V, penuntut Carlisme, sila lihat Infante Carlos, Count Molina.Charles V (24 Februari 1500 - 21 September 1558) ialah:Walaupun baginda sering dirujuk sebagai Carlos V atau Charles Quint di Sepanyol, baginda memerintah secara rasmi sebagai Carlos I, Charles I dari Sepanyol.Charles V ialah putera kepada Philip si Tampan dan Joanna si Gila dari Castile. Datuk nenek sebelah ibunya Ferdinand II dari Aragon dan Isabella I dari Castile yang perkahwinan mereka telah menyatukan wilayah-wilayah yang kini merupakan Sepanyol moden. Datuk nenek sebelah bapanya Maharaja Maximilian I dan Mary dari Burgundy. Mak saudaranya Catherine dari Aragon, Ratu England serta juga isteri pertama kepada Henry VIII, manakala sepupunya ialah Mary I dari England yang berkahwin dengan Philip, putera Charles sendiri.Pemerintahan Charles V memperkenalkan gelaran-gelaran His Majesty dan His Imperial Majesty yang merupakan penggunaan tercatat yang pertama. Disebabkan oleh wilayah-wilayahnya yang meluas, baginda telah diperihalkan sebagai pemerintah untuk sebuah empayar "yang matahari tidak pernah benam".

Charles_V,_Maharaja_Suci_Rom