Chengdu_J-9
Chengdu_J-9

Chengdu_J-9

Chengdu J-9 adalah satu designasi sebuah projek pembangunan pesawat pemintas yang diusahakan oleh China. Fasa pembangunan pesawat ini tidak lebih daripada kajian awal. Projek J-9 dibatalkan bagi memberi laluan kepada Shenyang J-8, yang mana merupakan dari segi teknologinya lebih selamat mengambil kira kekangan industri penerbangan China pada tahun 1960-an dan 1970-an. Pengenalan J-9 kerap kali dikelirukan dengan pesawat pejuang terkemudian iaitu Chengdu FC-1 yang mana secara tidak rasmi dirujuk sebagai J-9 oleh peminat penerbangan.