Cheras

Mukim Cheras terletak dalam daerah Hulu Langat, negeri Selangor, Malaysia dan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang. Ia bersebelahan dengan Mukim Kajang, mukim Hulu Semenyih dan mukim Hulu Langat. Pekan bagi mukim Cheras ialah Pekan Batu 9 Cheras. Dari segi sejarah, selepas 1 Febuari 1974 sebahagian daripada mukim Cheras yang berada dalam lingkungan Kuala Lumpur telah dipindahkan secara rasmi kepada Kerajaan Persekutuan bagi membentuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur melalui Perjanjian Penyerahan Kuala Lumpur 1974. Sejak itu, Cheras telah terpecah menjadi dua bahagian yang berjiran di dalam negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.