Chess.com

Chess.com ialah pelayan catur Internet, laman sesawang berita dan laman web rangkaian sosial.[3] Laman sesawang ini mempunyai model freemium di mana beberapa ciri disediakan secara percuma, dan ciri yang lain khas untuk akaun yang berlanggan. Catur dalam talian secara langsung boleh dimainkan menentang pengguna lain dalam kawalan masa harian, pantas, blitz atau peluru, dengan beberapa varian catur juga disediakan. Enjin catur, analisis komputer, teka-teki catur dan sumber pengajaran juga disediakan.Salah satu platform catur terbesar di dunia,[4] dengan mencecah 100 juta pengguna pada 16 Disember 2022, Chess.com telah menganjurkan kejohanan dalam talian termasuk Titled Tuesdays, PRO Chess League, Kejohanan Catur Laju, PogChamps, Online Chess Olympiads dan acara komputer lawan komputer.

Chess.com

Industri Internet
Jenis perniagaan Pelayan catur Internet, laman web rangkaian sosial
Orang penting
  • Erik Allebest (Penubuh bersama & CEO)
  • Jay Severson (Penubuh bersama & Ketua Penasihat Teknikal)
  • Daniel Rensch (Ketua Pegawai Chess)
  • Brenan Klain (Ketua Pegawai Pemasaran)
Ditubuhkan pada Mei 2007; 15 tahun yang lalu (2007-05)
Status terkini Aktif
Pendaftaran Pilihan
Jenis laman web Pelayan catur Internet
Bil. pengguna 100 million+
Bil. pekerja 400+[1]
URL www.chess.com
Ibu pejabat
Pengasas
  • Erik Allebest
  • Jay Severson
Terdapat dalam bahasa 57 bahasa
Bahasa pengaturcaraan Java,[2] JavaScript, PHP