Chhattisgarh
Chhattisgarh

Chhattisgarh


Kepadatan• 108/km2 (280/sq mi)Chhattisgarh (Devanagari: छत्तीसगढ़, IPA: [tʃʰət̪t̪iːsgəɽʰ], penyukukataan: "Chhat tis garh")  sebutan (bantuan·maklumat), sebuah negeri di pedalaman India, terbentuk apabila 16 daerah tenggara Madhya Pradesh yang berbahasa Chhattisgarh mencapai darjat negeri pada 1 November 2000. Raipur dijadikan ibu negeri. Chhattisgarh ialah negeri ke-10 terbesar di India mengikut keluasan. Chhattisgarh dinamakan sempena 36 negeri kecil (dalam bahasa Hindi, "Chattis" bermaksud tiga puluh enam dan "Garh" pula kubu) di rantau ini sejak zaman silam.Chhattisgarh bersempadan dengan Madhya Pradesh di barat laut, Maharashtra di barat, Andhra Pradesh di selatan, Orissa di timur, Jharkhand di timur laut dan Uttar Pradesh di utara.Bahasa Chhattisgarh, iaitu sebahagian kumpulan Timur-Pusat bahasa Indo-Arya, ialah bahasa utama di rantau ini. Bahasa ini sering dianggap oleh para pakar bahasa sebagai satu dialek bahasa Hindi, iaitu bahasa rasmi negeri. Rakyat di Chhattisgarh selatan, Bastar, pula bertutur dalam dialek-dialek bahasa Dravidia.