Ketenteraan Chile

Rencana utama: Angkatan Tentera Chile
Cabang-cabang dalam Angkatan Tentera Chile

Angkata Tentera Chile tertakluk pada kawalan awam melalui Kementerian Pertahanan. Presiden memiliki kuasa untuk melucutkan panglima angkatan tentera.[7]. Panglima Tentera Darat adalah Jeneral Humberto Oviedo Arriagada.[8][9] Tentera Darat Chile terdiri daripada 45,000 anggota dan diagihkan kepada ibu pejabat tentera darat di Santiago, enam divisyen di seluruh wilayah, sebuah briged udara di Rancagua, dan sebuah Markas Pasukan Khas di Colina. Tentera Darat Chile merupakan salah sebuah pasukan tentera darat yang paling profesional dan dilengkapkan dengan teknologi termaju di Amerika Latin.[7]

Laksamana Enrique Larrañaga Martin bertanggungjawab ke atas 21,773 anggota Tentera Laut Chile,[10] termasuk 2,500 anggota Marin. Daripada 29 buah kapal permukaan, hanya 8 buah yang terdiri daripada kapal tempur utama (frigat). Kapal-kapal ini berpangkalan di Valparaíso.[11] Tentera laut juga mengoperasikan pesawat angkut dan rondanya sendiri. Tentera Laut Chile juga memiliki empat buah kapal selam yang berpangkalan di Talcahuano.[7][12]

Jeneral Tentera Udara (4 bintang) Jorge Rojas Ávila mengetuai 12,500 anggota dalam Tentera Udara Chile. Aset-aset udara dibahagikan kepada lima briged udara yang berpangkalan di Iquique, Antofagasta, Santiago, Puerto Montt, dan Punta Arenas. Tentera udara juga mengoperasikan sebuah lapangan terbang di Pulau King George, Antartika. Tentera udara menerima 10 buah pesawat tempur F-16 yang dibeli daripa Amerika Syarikat pada bulan Mac 2007 selepas beberapa dekad perdebatan dan keengganan Amerika Syarikat untuk menjualnya. Pada tahun 2007, Chile juga menerima 18 buah pesawat F-16 Blok 15 yang dibaik semula oleh Belanda.[7]

Selepas rampasan kuasa tentera pada bulan September 1973, Polis Chile (Carabineros) diletakkan di bawah Kementerian Pertahanan. Dengan kembalinya kerajaan demokrasi, operasi polis diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri tetapi kawalan keseluruhannya masih kekal di bawah Kementerial Pertahanan. Jeneral Gustavo González Jure merupakan ketua pasukan polis dengan kekuatan seramai 40,964 anggota[13] lelaki dan wanita yang bertanggungjawab ke atas penguatkuasaan undang-undang, pengurusan lalu lintas, penyalahgunaan dadah, kawalan sempadan dan melawan keganasan di seluruh negara.[7]

Rujukan

WikiPedia: Chile http://www.armada.cl/p4_ingles/site/artic/20050707... http://www.armada.cl/p4_ingles/site/artic/20050719... http://www.armada.cl/p4_ingles/site/artic/20050719... http://www.bcentral.cl/eng/banknotes-coins/coins/m... http://www.carabineros.cl/sitioweb/web/verSeccion.... http://www.gobiernodechile.cl/ http://www.ine.cl/canales/sala_prensa/noticias/not... http://www.thisischile.cl/ http://www.emol.com/noticias/nacional/2014/02/26/6... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?...