Kematian Chin_Peng

Chin Peng telah dilaporkan meninggal dunia pada usia 90, di Bangkok, Thailand pada jam 6.20 pagi 16 September 2013. Sebelum kematiannya, dia tinggal dalam buangan di Thailand dan masih tidak dapat kembali ke Malaysia, ini didakwa sebagai percanggahan kepada satu syarat yang telah dipersetujui dalam Rundingan Damai Haadyai 1989.[9] Pihak kerajaan pula memutuskan bahawa Chin Peng tidak termasuk dalam golongan ini kerana tidak pernah melepaskan perjuangan parti dan ideologi komunisnya sebagaimana yang disyaratkan dalam Rundingan Damai Haadyai tersebut.[10][11]Pada 26 November 2019, gambar sekumpulan aktivis yang menbawa abu mayatnya ke Lumut tular di media sosial sehingga membawa kritikan hebat dari pengguna yang mengatakan kumpulan itu tidak sensitif dengan penderitaan dan pengorbanan para perajurit yang selama ini menentang komunis. Bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak turut mengulas perkara yang sama.[12]

Rujukan

WikiPedia: Chin_Peng http://www.bbc.com/zhongwen/trad/world/2013/09/130... http://www.britishpathe.com/record.php?id=39967 //scholar.google.com/scholar?q=%22Chin+Peng%22 //www.google.com/search?&q=%22Chin+Peng%22+site:ne... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Chin+... //www.google.com/search?q=%22Chin+Peng%22&tbm=nws //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Chin+Peng%2... http://www.malaysiakini.com/news/241214 http://teresakok.com/2009/06/18/jawapan-parlimen-m... http://www.themalaysianinsider.com/mobile/breaking...