Chin_Peng
Chin_Peng

Chin_Peng

Chin Peng (Cina: 陳平, lahir 21 Oktober 1924 di Sitiawan, Perak sebagai Ong Boon Hwa (王文華), meninggal 16 September 2013 di Bangkok[1]) merupakan seorang ketua Parti Komunis Malaya. Beliau telah dianugerahi Order of the British Empire (OBE) dan dua pingat kerana membantu British melawan pendudukan Jepun di Malaya dalam Perang Dunia Kedua.Beliau merupakan seorang Cina berketurunan Kantonis yang mendakwa dilahirkan di sebuah kedai kecil dua tingkat menjual basikal, di No. 36, Jalan Kampung Koh, Sitiawan yang terletaknya 50 kilometer dari barat daya bandar Ipoh, Perak. Bagaimanapun, dalam perbicaraan memohon dibenarkan masuk Malaysia, dia gagal mengemukakan sijil kelahirannya. [2] Dia merupakan anak kedua daripada enam beradik yang hidup dalam kemiskinan. Ayahnya datang dari negara China dan kecewa akibat kemelesetan ekonomi 1930.Buku memoirnya bertajuk "Chin Peng: Sejarah dari sebelahku" ("Chin Peng: My Side of history") diterbitkan di Singapura.

Rujukan

WikiPedia: Chin_Peng http://www.bbc.com/zhongwen/trad/world/2013/09/130... http://www.britishpathe.com/record.php?id=39967 //scholar.google.com/scholar?q=%22Chin+Peng%22 //www.google.com/search?&q=%22Chin+Peng%22+site:ne... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Chin+... //www.google.com/search?q=%22Chin+Peng%22&tbm=nws //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Chin+Peng%2... http://www.malaysiakini.com/news/241214 http://teresakok.com/2009/06/18/jawapan-parlimen-m... http://www.themalaysianinsider.com/mobile/breaking...