Demografi China

Setakat 2009[update], terdapat 1,338,612,968 orang yang tinggal di RRC. Kira-kira 21% penduduknya (145,461,833 lelaki; 128,445,739 perempuan) berusia 14 tahun ke bawah, 71% (482,439,115 lelaki; 455,960,489 perempuan) berusia 15 hingga 64 tahun, dan 8% (48,562,635 lelaki; 53,103,902 perempuan) berusia lebih 65 tahun. Kadar pertumbuhan penduduknya pada tahun 2006 ialah 0.6%.[138]

RRC secara rasminya mengiktiraf 56 kelompok etnik berbeza. Kelompok etnik terbesar ialah Cina Han yang terdiri daripada 91.9% jumlah penduduk.[139] Antara etnik minoriti terbesar termasuk Zhuang (16 juta), Manchu (10 juta), Hui (9 juta), Miao (8 juta), Uyghur (7 juta), Yi (7 juta), Tujia (5.75 juta), Mongol (5 juta), Tibet (5 juta), Buyei (3 juta), dan Korea (2 juta).[140]

Sepanjang dekad 2000-an, kependudukan bandaraya di China meningkat pada kadar purata 10% setahun. Kadar pembandaran di China meningkat dari 17.4% ke 41.8% dari tahun 1978 hingga 2005, tidak pernah diduga sepesat ini sepanjang sejarah peradaban manusia.[141] Terdapat 150–200 juta pekerja hijarahan yang bertugas separuh masa di bandaraya utama untuk mencari rezeki untuk dibawa pulang ke kampung halaman secara bermusim.[142][143]

Kini, Republik Rakyat China menempatkan berpuluh-puluh bandaraya utama yang setiap satunya diduduki lebih sejuta penduduk tetap, termasuk tiga bandaraya global iaitu Beijing, Hong Kong, dan Shanghai. Bandaraya utama di China memainkan peranan penting dalam identiti, budaya dan ekonomi kebangsaan dans serantau.

Bandaraya terbesar

Perangkaan berikut berdasarkan bancian tahun 2008, dan hanya merupakan anggaran bilangan penduduk dalam lingkungan sempadan pentadbiran bandar; jika diambil kira jumlah penduduk seluruh perbandaran (termasuk penduduk pinggir dan luar bandar) maka kedudukannya menjadi lain. The large floating populations of migrant workers make conducting censuses in urban areas difficult;[144] perangkaan berikut hanya mengira penduduk jangka panjang, terkecuali penduduk sementara.

Pusat Perbandaran Terunggul Republik Rakyat China


Shanghai

Hong Kong

Wuhan

Shenzhen

Shenyang

Ked.Bandaraya TerasBahagianBil. Penduduk TerasBil. Penduduk PerbandaranRantau


Beijing

Tianjin

Guangzhou

Chongqing

Nanjing

1ShanghaiPerbandaran Shanghai9,495,70118,542,200Timur
2BeijingPerbandaran Beijing7,296,96217,430,000Utara
3Hong KongHong Kong SAR7,000,0007,000,000Selatan
4TianjinPerbandaran Tianjin5,066,12911,500,000Utara
5WuhanWilayah Hubei6,660,0009,100,000Tengah Selatan
6GuangzhouWilayah Guangdong4,154,80815,000,000Selatan
7ShenzhenWilayah Guangdong4,000,0008,615,500Selatan
8ShenyangWilayah Liaoning3,981,0237,500,000Timur Laut
9ChongqingPerbandaran Chongqing3,934,23931,442,300Barat Daya
10Nanchang Wilayah Jiangxi3,790,0004,990,184Timur
11NanjingWilayah Jiangsu2,822,1177,100,000Timur
12HarbinWilayah Heilongjiang2,672,0698,499,000Timur Laut
13Xi'anWilayah Shaanxi2,588,98710,500,000Barat Laut
14ChengduWilayah Sichuan2,341,20311,300,000Barat Daya
15ChangchunWilayah Jilin2,223,1707,400,000Timur Laut
16DalianWilayah Liaoning2,118,0876,200,000Timur Laut
17HangzhouWilayah Zhejiang1,932,6127,000,000Timur
18JinanWilayah Shandong1,917,2046,300,000Timur
19TaiyuanWilayah Shanxi1,905,4033,413,800Utara
20QingdaoWilayah Shandong1,867,3658,000,000Timur
Anggaran 2008 - kawasan pinggir dan luar bandar dikecualikan dari kependudukan teras

Dasar kependudukan

Rencana utama: Dasar anak tunggal
Bilangan penduduk China (1961 – 2006).

Dengan 1.3 bilion orang penduduk dan kebimbangan akan pertumbuhan penduduknya, kerajaan RRC pernah cuba melaksanakan dan mengetatkan dasar perancangan keluarga dengan hasil baik bercampur buruk.[145] Dasarnya adalah memastikan setiap keluarga ada seorang anak sahaja, dengan pengecualian untuk minoriti etnik dan kelonggaran di kawasan luar bandar, dengan matlamat menstabilkan pertumbuhan penduduk seawal awal abad ke-21, meskipun jumlah penduduknya diunjur mencapai 1.4 bilion hingga 1.6 bilion pada tahun 2025. Dengan itu, menteri perancangan keluarga berkata China akan mengekalkan dasar anak tunggalnya sehingga seawal tahun 2020.[146]

Dasar ini menerima tentangan hebat, khususnya dari kawasan luar bandar, atas keperluan tenaga kerja pertanian serta keutamaan kepada lelaki (yang bakal menjadi pewaris lelaki) mengikut tradisi. Keluarga yang melanggar dasar ini sering berbohong kepada pihak banci.[147] Dasar kerajaan rasmi menentang pemandulan atau pengguguran secara paksa, tetapi dakwaan paksaan sebegini masih menular kerana pegawai tempatan yang berdepan dengan hukuman kerana gagal mengekang pertumbuhan penduduk, akan mengambil jalan memaksa pengguguran atau pemandulan, atau memanipulasi perangkaan banci.

Keutuhan statistik penduduk RRC yang makin merosot sejak bermulanya perancangan keluarga pada akhir 1970-an telah menyukarkan penilaian keberkesanan dasar iru.[147] Anggaran ahli demografi China untuk purata bilangan anak untuk seorang ibu China berbeza-beza dari 1.5 hingga 2.0. Kerajaan juga agak bimbang dengan ketakseimbangan ketara dalam nisbah jantina kelahiran, yang nampaknya merupakan kesan keutamaan tradisi kepada lelaki dan tekanan perancangan keluarga, sehingga penggunaan peralatan ultrabunyi dilarang untuk tujuan mencegah pengguguran berpilih jantina.

Faktor-faktor lain termasuk kurang lapor kanak-kanak perempuan untuk memintasi undang-undang serta sesetengah tempat yang membenarkan anak kedua jika anak sulung bukan lelaki (tetapi tidak sebaliknya). Berdasarkan laporan Biro Statistik Negara Februari 2010, nisbah jantina bayi yang lahir di China pada tahun 2009 melaporkan 119.45 lelaki kepada 100 perempuan.[148] Memandangkan ketakseimbangan jantina ini semakin menjadi-jadi, para pakar menjangka arah aliran jika dibiarkan berterusan boleh mengundang ketakstabilan sosial.[149][150][151]

Rujukan

WikiPedia: China http://202.84.17.11/en/index.htm http://www.theaustralian.news.com.au/business/stor... http://www.theaustralian.news.com.au/story/0,25197... http://www.cis.org.au/issue_analysis/IA95/ia95.htm... http://www.chinanews.cn/news/2005/2005-11-18/14441... http://www.chinadaily.com.cn/2010-03/03/content_95... http://www.chinadaily.com.cn/bizchina/2008-11/21/c... http://www.chinadaily.com.cn/bizchina/2009-08/03/c... http://www.chinadaily.com.cn/china/2006-03/21/cont... http://www.chinadaily.com.cn/china/2008-01/11/cont...