Geografi China

Republik Rakyat China ialah negara kedua terbesar di dunia dari segi keluasan tanah[14] serta dianggap sebagai negara ketiga atau keempat terbesar dari segi jumlah keluasan.[86] Ketaktentuan saiznya berkenaan dengan (a) kesahan tuntutan China terhadap wilayah-wilayah Aksai Chin dan Kawasan Rentas Karakoram (yang juga dituntut oleh India),[87] dan (b) cara pengiraan jumlah saiz Amerika Syarikat: The World Factbook mencatat 9,826,630 km²,[88] tetapi Encyclopædia Britannica mencatat 9,522,055 km².[89] China bersempadan dengan 14 negara, iaitu negara yang paling banyak negara jiran sempadannya (bersama Rusia); iaitu (arah jam dari selatan): Vietnam, Laos, Myanmar, India, Bhutan, Nepal, Pakistan,[90] Afghanistan, Tajikistan, Kyrgyzstan, Kazakhstan, Rusia, Mongolia dan Korea Utara. Tambahan pula, sempadan antara RRC dan Republik China (Taiwan) terletak di tengah perairan wilayah. China mempunyai sempadan darat sepanjang 22,117 km, iaitu yang terpanjang di dunia.

Tanah China diserikan oleh kepelbagaian bentuk pemandangan. Kawasan pantai timur di sepanjang pesisir Laut Kuning dan Laut China Timur diisi dataran lanar yang terbentang luas dan padat dengan penduduk, manakala di penara Mongolia Dalam di utara keliharan padang-padang rumput. China Selatan dikuasai oleh lembah berbukit-bukau dan banjaran gunung yang rendah. Di kawasan timurnya terletaknya delta untuk dua sungai utama China, iaitu Sungai Kuning dan Sungai Yangtze (Chang Jiang). Sungai-sungai utama lain termasuk Xi, Mekong, Brahmaputra dan Amur. Di barat, terletaknya banjaran-banjaran gunung utama, khususnya Himalaya, dengan puncak tertinggi China di separuh timur Gunung Everest pada 8,848 m, manakala penara-penara tinggi mencirikan kawasan gersang seperti Gurun Taklamakan dan Gobi.

Salah satu masalah utama yang dihadapi China ialah kawasan gurun semakin meluas, khususnya Gurun Gobi.[91] Walaupu garisan pokok pengadang yang ditanam sejak 1970-an telah mengurangkan kekerapan ribut pasir, namun kemarau berpanjangan dan amalan pertanian yang mundur telah menyebabkan ribut debu melanda China utara setiap musim bunga, kemudian merebak ke tempat lain di Asia Timur, termasuk Korea dan Jepun. China kehilangan sejuta ekar setahun kepada penggurunan.[92]

Iklim China banyak dikuasai oleh musim kemarau dan monsun lembap yang menyebabkan perbezaan suhu ketara antara musim sejuk dan musim panas. Pada musim sejuk, angin utara yang bertiup dari kawasan garis lintang tinggi menjadi sejuk dan kering; pada musim panas, angin selatan dari kawasan laut di garis lintang rendah adalah hangat dan lembap. Iklim di China berbeza dari rantau ke rantau kerana topografi negara yang meluas dan kompleks.

Rujukan

WikiPedia: China http://202.84.17.11/en/index.htm http://www.theaustralian.news.com.au/business/stor... http://www.theaustralian.news.com.au/story/0,25197... http://www.cis.org.au/issue_analysis/IA95/ia95.htm... http://www.chinanews.cn/news/2005/2005-11-18/14441... http://www.chinadaily.com.cn/2010-03/03/content_95... http://www.chinadaily.com.cn/bizchina/2008-11/21/c... http://www.chinadaily.com.cn/bizchina/2009-08/03/c... http://www.chinadaily.com.cn/china/2006-03/21/cont... http://www.chinadaily.com.cn/china/2008-01/11/cont...