China_Press

China Press (Cina: 中國報 Zhōng Guó Bào) ialah akhbar bahasa Cina Malaysia yang diasaskan oleh Tun Henry Lee Hau Shik (H. S. Lee) dan mengeluarkan naskhah pertamanya pada 1 Februari 1946.Pada 13 Mei 1969, China Press digantung selama sebulan berikutan penerbitan berita mahkamah selepas Peristiwa 13 Mei.China Press dilancarkan semula pada tahun 1986. Kemudian pada tahun 1988, jumlah edaran hariannya naik dari 20,000 ke 100,000 salinan, menjadikannya akhbar yang paling pesat tumbuh dalam industri akhbar Malaysia ketika itu. Kini, pengedaran hariannya pada takat 220,000 menjadikannya akhbar Cina kedua terlaris di Malaysia.Sebagai tanda meraikan kelarisannya di Malaysia, China Press melancarkan edisi petang pada 19 Mei 1990. Pada tahun 1993, Nanyang Press mengambil alih pengurusan China Press.