Christine_Hakim
Christine_Hakim

Christine_Hakim

Herlina Christine Natalia Hakim (lahir 25 Disember 1956) ialah seorang pelakon, penerbit filem dan aktivis wanita Indonesia. Dilahirkan dalam sebuah keluarga Islam yang taat daripada latar belakang bercampur bangsa di Jambi, beliau membesar di Yogyakarta, yang bercita-cita untuk menjadi seorang arkitek atau pakar psikologi. Segalanya berubah selepas beliau ditemui oleh Teguh Karya menerusi filem Cinta Pertama, peranan yang memperolehi beliau Anugerah Citra untuk Pelakon Wanita Terbaik dan meyakinkan beliau untuk mengikuti kerjaya dalam bidang lakonan. Sejak itu, beliau telah membintangi banyak filem, termasuk Badai Pasti Berlalu (1977) dan Tjoet Nja' Dhien (1988); beliau juga mempunyai peranan kecil dalam filem Hollywood 2010 Eat Pray Love. Sehingga 2011, beliau telah memenangi enam Anugerah Citra, menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat dari Festival Filem Antarabangsa Cinemanila, dan berkhidmat sebagai ahli juri di Festival Filem Cannes.Sepanjang kerjayanya sebagai pelakon, Christine dikenali sebagai pelakon yang mempunyai gaya lakonan yang amat baik. Sehingga telah banyak mendapat pujian dan meraih penghargaan Anugerah Citra sebanyak beberapa kali. Kerana itulah beliau kerap dikatakan hanya berlakon dalam filem-filem yang berkualiti di bawah arahan pengarah-pengarah yang handal.

Rujukan

WikiPedia: Christine_Hakim http://books.google.ca/books?id=ig3oH5TGv4oC&pg=PA... http://books.google.com/books?id=4DHFijnwBk4C&pg=P... http://www.imdb.com/name/nm0354604/ http://www.thejakartapost.com/news/2003/07/13/chri... http://www.thejakartapost.com/news/2005/04/03/chri... http://www.thejakartapost.com/news/2010/10/22/chri... http://www.thejakartapost.com/news/2010/11/19/chri... http://www.thejakartapost.com/news/2010/12/08/chri... http://www.thejakartapost.com/news/2011/03/24/cons... http://www.thejakartapost.com/news/2011/04/13/a-be...