Chrysalis_(EP)

Chrysalis ialah album mini pertama oleh kumpulan wanita Korea Selatan, I.O.I, sebuah kumpulan projek yang dicipta menerusi rancangan Mnet tahun 2016, Produce 101. Ia dikeluarkan secara digital pada 4 Mei 2016 dan secara fizikal pada 9 Mei di dalam dua versi, edisi standard dan edisi istimewa. Album mini ini mencapai kejayaan komersial dengan menduduki tempat ke-4 di dalam iCarta Album Gaon. Sebanyak 74,554 salinan album terjual pada tahun 2016.