Ekologi Chrysemys

Diet

Kura-kura ini mencari makanan di dasar kolam atau tasik. Ia menjulur kepalanya keluar dari celah-celah pokok, kemudian dengan pantas menangkap mangsa yang diingini.[35] Mereka mengemam mangsa di mulut kemudian menceraikan badannya menggunakan kaki hadapan. Kura-kura ini juga melayap tumbuh-tumbuhan pada permukaan air serta mengaup mulutnya bagi menangkap cebisan makanan atau haiwan-haiwan kecil.[35]

Mereka bersifat maserba, dan makanannya adalah pelbagai.[35][36]

  • Kura-kura Berwarna Timur cenderung mencari makanan di dalam air, walaupun ada yang dilihat makan di atas darat. Kebanyakan ikan yang dimakan adalah ikan yang mati atau cedera.[36]
  • Kura-kura Berwarna Pertengahan pula memilih makanan dari serangga akuatik dan tumbuh-tumbuhan vaskular dan bukan vaskular.[37]
  • Kura-kura Berwarna Selatan makan berdasarkan peringkat usianya. Kura-kura muda memilih makanan yang terdiri daripada 13% tumbuh-tumbuhan, manakala yang dewasa memilih lebih 88% tumbuh-tumbuhan. Kura-kura muda memerlukan larvae kecil sebagai makanan dalam jumlah yang kecil.[38] Tumbuh-tumbuhannya merangkumi jenis duckweed dan algae, dan kebanyakan mangsanya pula adalah larvae pepatung dan udang krai.[39]
  • Kura-kura Berwarna Barat makan mengikut musim. Pada awal musim panas, 60% daripada dietnya terdiri daripada serangga. Penghujung musim panas pula, 55% dietnya adalah tumbuhan.[40] Kura-kura ini menjadi agen sebaran benih bagi tumbuhan seperti teratai air. Mereka menelan biji tumbuhan keras yang tidak dicerna, kemudiannya dikumuhkan melalui najisnya.[40]
Diet biasa bagi Kura-kura Berwarna

Udang krai

Larva pepatung

Teratai air Amerika

Duckweed (permukaan air)

Pemangsa

Kura-kura Berwarna mudah terdedah kepada pemangsa semasa kecil.[41] Sarang telur mereka sering dikorek oleh ular, burung gagak, tupai, rakun, musang, dan juga manusia.[41] Kebanyakan anak kura-kura menjadi mangsa Nepomorpha, serangga air, ikan, katak, kura-kura snapper, ular, tikus, dan rakun. Walaupun kura-kura dewasanya dilindungi oleh cangkerangnya yang keras, namun ia masih terdedah kepada pemangsa seperti buaya, burung gagak, helang dan rakun.[41]

Kura-kura Berwarna mempertahankan diri dengan menendang, menggigit, dan mengeluarkan air kencing.[41] Mereka juga mudah membalikkan semula badannya jika terbalik.[42]

Pemangsa utama Kura-kura Berwarna
Semasa telur:

Musang merah


Ular Plains Garter


Gagak
Semasa kecil:

Kura-kura snapper


Serangga air
Semasa dewasa:

Rakun

Rujukan

WikiPedia: Chrysemys http://blog.conservancy.bc.ca/2010/08/protecting-t... http://www.env.gov.bc.ca/okanagan/esd/atlas/specie... http://www.hat.bc.ca/stewardship-projects/stewards... http://www.cbc.ca/news/canada/saskatchewan/record-... http://cfs.nrcan.gc.ca/subsite/glfc-amphibians/chr... http://dsp-psd.pwgsc.gc.ca/Collection/CW69-14-505-... http://www.sararegistry.gc.ca/species/speciesDetai... http://www.sararegistry.gc.ca/species/speciesDetai... http://www.boissevainrecorder.mb.ca/placed%20news/... http://museum.gov.ns.ca/amphibians/en/turtles/pain...