Perlakuan Chrysemys

Rutin harian dan berjemur

Berjemur mengumpul haba

Kura-kura Berwarna ialah reptilia berdarah sejuk dan suhu badannya bergantung sepenuhnya kepada haba sekeliling melalui aktiviti berjemur. Semua peringkat usia kura-kura ini berjemur bagi memperolehi haba. Sehingga kadang-kadang lebih daripada 50 ekor kura-kura dapat dilihat pada satu-satu batang kayu.[59] Mereka berjemur di atas pelbagai objek seperti batu timbul dan kayu reput.[60]

Kura-kura ini bersifat diurnal. Berjemur bagi mendapatkan haba, kemudian kembali ke dalam air semula untuk mencari makanan.[61] Apabila berasa sejuk, mereka akan muncul ke permukaan air dan melakukan aktiviti berjemur semula.[62] Apabila malam, kura-kura ini akan masuk ke dasar kolam atau tasik, bersembunyi di sebalik longgokan batu atau kayu dan tidur.[61]

Untuk kembali aktif, mereka haruslah mengekalkan suhu badannya antara 17–23 °C (63–73 °F). Termasuklah mengatasi penyakit, mereka memerlukan suhu sehingga 5 °C (8 °F) iaitu lebih daripada suhu normal yang diperlukan.[59]

Rutin musim dan hibernasi

Lubang tikus kesturi

Pada musim bunga, ketika suhu air mencecah 15–18 °C (59–64 °F), kura-kura ini mula mencari makanan. Bagaimanapun, jika suhu air melebihi 30 °C (86 °F), mereka akan berhenti mencari makanan. Malah pada musim luruh, mereka juga berhenti mencari makanan apabila suhu turun daripada paras sepatutnya pada musim bunga.[35]

Menjelang musim sejuk, kura-kura ini akan berhibernasi. Di utara, musimnya bermula pada bulan Oktober hingga Mac, manakala populasi kura-kura dari sebelah selatan tidak berhibernasi langsung.[63] Suhu badan kura-kura ketika hibernasi adalah sekitar 6 °C (43 °F).[64] dan mereka mula keluar berjemur mendapatkan haba semula pada bulan Februari.[65]

Kura-kura Berwarna berhibernasi dengan menanam keseluruhan badannya, sama ada di bawah dasar air, tebing-tebing sungai, tasik, dalam lubang tikus kesturi, atau dalam timbunan kayu. Apabila berhibernasi dalam air, mereka memilih kawasan air cetek, tidak lebih daripada 2m (7 kaki). Di dalam lumpur, mereka mengorek lubang sedalam 1m (3 kaki).[64] Dalam keadaan ini, kura-kura tidak akan bernafas, dan kadar oksigennya bergantung kepada kulit.[66] Spesies ini mampu menahan keadaan tanpa oksigen dalam tempoh masa yang panjang. Semua organ badan, terutamanya cangkerangnya mampu beradaptasi dengan keadaan oksigen yang rendah walaupun kadar asid laktiknya meningkat ketika itu.[67]

Pergerakan

Menuju ke darat

Kura-kura Berwarna mampu bergerak beberapa kilometer untuk mencari makanan, kawasan berair atau pasangan.[68] Disebabkan cuaca panas dan suhu yang kering pada musim panas, kura-kura ini akan berpindah mencari kawasan berair.[68] Mereka juga bermigrasi dalam bilangan yang banyak.[63] Jika kemarau berpanjangan, mereka akan menanam diri di dalam tanah, namun ada juga yang mati akibat kekeringan melampau.[69]

Kebiasaanya kura-kura akan menyeberang tasik untuk mencari makanan.[70] Ada juga yang dilihat menyeberang tasik-tasik besar.[69] Kajian pengesanan menunjukkan jantina yang berbeza juga mempengaruhi pergerakan kura-kura. Kura-kura jantan lebih banyak bergerak, iaitu sehingga 26km (16 batu), seterusnya kura-kura betina iaitu 8km (5 batu), diikuti oleh kura-kura yang lebih muda, kurang daripada 2km (1.2 batu).[68] Kebanyakan pergerakan kura-kura jantan dipengaruhi oleh keinginan untuk mencari pasangan.[69]

Kura-kura Berwarna mempunyai kebolehan kembali semula ke tempat asalnya.[68] Satu eksperimen melibatkan 98 ekor kura-kura ditempatkan di lokasi berbeza dari kawasan asal mereka; 41 ekor kembali semula ke tempat asal. Kebiasaanya, kura-kura betina mencari kediaman yang sesuai untuk proses bertelur.[68]

Rujukan

WikiPedia: Chrysemys http://blog.conservancy.bc.ca/2010/08/protecting-t... http://www.env.gov.bc.ca/okanagan/esd/atlas/specie... http://www.hat.bc.ca/stewardship-projects/stewards... http://www.cbc.ca/news/canada/saskatchewan/record-... http://cfs.nrcan.gc.ca/subsite/glfc-amphibians/chr... http://dsp-psd.pwgsc.gc.ca/Collection/CW69-14-505-... http://www.sararegistry.gc.ca/species/speciesDetai... http://www.sararegistry.gc.ca/species/speciesDetai... http://www.boissevainrecorder.mb.ca/placed%20news/... http://museum.gov.ns.ca/amphibians/en/turtles/pain...