Taburan Chrysemys

Kawasan

Kura-kura yang mendiami hampir seluruh utara benua Amerika,[71] dan satu-satunya kura-kura yang boleh dijumpai sepanjang kawasan dari Atlantik ke Pasifik.[nb 3] Berasal dari lapan daripada sepuluh negeri di Kanada, empat puluh lima daripada lima puluh negeri Amerika Syarikat, dan satu daripada tiga puluh satu negeri Mexico. Di pantai timur, mereka mendiami perairan Kanada hingga ke Negeri Georgia di A.S. Di pantai barat, mereka mendiami di British Columbia, Washington, dan Oregon serta pantai di tenggara Pulau Vancouver.[nb 4] Kura-kura dari penghujung utara Amerika,[54] taburannya merangkumi hingga ke selatan Kanada. Di selatan taburannya merangkumi perairan Teluk A.S di Louisiana dan Alabama. Di barat daya A.S, spesiesnya berselerak. Terdapat juga di sungai di hujung utara Mexico. Tidak dijumpai di barat daya Virginia dan sempadan negeri seperti di utara-tengah Alabama.[33][72][73]

Taburan habitat bagi Kura-kura Berwarna (C. picta)
Kelabu mewakili sempadan negara
Putih mewakili sempadan negeri dan daerah
Biru gelap mewakili sungai
  •      Timur (C. p. picta)
  •      Pertengahan (C. p. marginata)
  •      Selatan (C. p. dorsalis)
  •      Barat (C. p. bellii)
  • Baka kacukan (kawasan besar sahaja)
  •      Kacukan dari timur dan pertengahan
  •      Kacukan dari timur dan selatan
  •      Kacukan dari pertengahan dan barat
  • Sempadan bagi keempat-empat spesies bukanlah sempadan sebenar, memandangkan terdapat percampuran (kacukan) subspesies yang berbeza dari dua kawasan. Banyak kajian dilakukan di sempadan beberapa kawasan yang menjadi pertindihan habitat kura-kura ini, yang bertujuan untuk membandingkan ciri-ciri anatomi kura-kura kacukan berbanding subspesiesnya yang asal.[nb 5]

    Kura-kura Berwarna Timur

    Kura-kura Berwarna Timur di Massachusetts

    Kura-kura Berwarna Timur mendiami bahagian tenggara Kanada ke Georgia dan bersempadan dengan Appalachia. Di bahagian utara, kura-kura ini dijumpai berada di kawasan lebih hangat berhampiran Lautan Atlantik. Termasuklah New Hampshire dan Maine, iaitu kira-kira 50 batu daripada kawasan pantai.[78][79] Di Kanada, mereka mendiami New Brunswick dan Nova Scotia tetapi tidak dijumpai di Quebec atau Pulau Prince Edward. Di bahagian selatan, subspesies ini juga tidak dijumpai di kawasan pantai selatan, iaitu merangkumi utara Carolina, selatan Carolina, dan Georgia, atau di selatan Georgia serta Florida.[33][72][80][81]

    Selain itu, subspesies ini juga boleh ditemui di tengah Alabama, di mana mereka berkacukan dengan Kura-kura Berwarna Selatan.[72] Di timur laut, terdapat baka kacukan dengan Kura-kura Berwarna Pertengahan, dan ada pengkaji menamakan situasi ini sebagai hybrid swarm (kumpulan kacukan).[82][83][84] Di bahagian tenggara, sempadan antara Kura-kura Berwarna Timur dan Pertengahan dipisahkan oleh banjaran pergunungan dan tasik besar.[72][85]

    Kura-kura Berwarna Pertengahan

    Kura-kura Berwarna Pertengahan mendiami selatan Ontario dan Quebec, sepanjang timur A.S. iaitu negeri-negeri di Midwest ke Kentucky, Tennessee dan barat laut Alabama, di mana mereka saling berkacukan dengan Kura-kura Berwarna Selatan.[86] Subspesies ini juga dijumpai berada di bahagian timur sepanjang Barat Virginia, barat Maryland dan Pennsylvania. Ada juga populasi mereka yang mendiami kawasan timur, iaitu di Pennsylvania.[87] Di kawasan timur laut, mereka dijumpai berada di barat New York dan sekitar Vermont, serta saling berkacukan dengan Kura-kura Berwarna Timur.[30][72]

    Kura-kura Berwarna Selatan

    Kura-kura Berwarna Selatan mendiami di penghujung selatan Illinois dan Missouri, sepanjang Lembah Sungai Mississippi, hingga ke selatan. Di Arkansas, mereka dijumpai di bahagian barat menghadap ke Texas, serta bahagian timur laut (wilayah Tasik Caddo),[88] termasuklah penghujung tenggara Oklahoma (McCurtain County),[89] serta Louisiana, dan sekitar kawasan air tawar di Teluk Mexico. Di sebelah timur, mereka turut dijumpai wujud di barat Tennessee, utara Mississippi dan sekitar Alabama, termasuklah kawasan perairan teluk di bandar Mobile, Alabama[33][72][81] Dilaporkan terdapat satu populasi terasing yang wujud di tengah Texas, namun setelah dikaji, mereka adalah subspesies yang sama.[90]

    Kura-kura Berwarna Barat

    Kura-kura Berwarna Barat (dilukis oleh G. Aeschimann)

    Habitat Kura-kura Berwarna Barat merangkumi kawasan selatan di barat Kanada iaitu menganjur dari Ontario melalui Manitoba, Saskatchewan, Alberta dan British Columbia. Di Ontario, subspesies ini dijumpai di utara Minnesota dan di utara Tasik Superior, namun terdapat jurang seluas 130km (80 batu) di timur Tasik Superior (kawasan beriklim musim sejuk ekstrim) di mana tiada spesies atau subspesies ini dijumpai. Tiada baka kacukan antara Kura-kura Berwarna Barat di Ontario dengan Kura-kura Berwarna Pertengahan di tenggara Ontario.[75] Di Manitoba, Kura-kura Berwarna Barat banyak dijumpai dan merangkumi sepanjang utara hingga ke Tasik Manitoba dan bahagian Tasik Winnipeg. Subspesies ini juga terdapat di selatan Saskatchewan,[91] namun di Alberta, hanya 100 ekor, dijumpai berhampiran sempadan A.S., yang kebanyakannya berada di bahagian tenggara.[33][72][92][93]

    Kura-kura Berwarna Barat di Oregon

    Di British Columbia, populasi ini wujud di kawasan pedalaman sekitar Kootenai, Columbia, Okanagan, dan lembah sungai Thompson. Di kawasan berhampiran pantai, kura-kura ini juga wujud berhampiran Fraser dan utaranya, serta Pulau Vancouver dan pulau-pulau berhampiran. Di British Columbia, dikatakan taburan subspesies ini berasal dari Amerika Syarikat. Kawasan pergunungan menjadi sempadan pergerakan kura-kura ini dari timur-barat sama ada dari Briish Columbia dan Alberta. Sesetengah pengkaji mengasingkan kedua-dua populasi ini, namun perbezaan ini wujud mungkin disebabkan oleh populasi yang dilepaskan oleh orang awam yang pernah membela haiwan ini ke dalam persekitaran.[33][72][92][93]

    Di Amerika Syarikat, subspesies ini berkacukan dengan Kura-kura Berwarna Pertengahan yang merangkumi Illinois serta Wisconsin sepanjang Tasik Michigan dan sebahagian daripada Semenanjung Michigan. Di barat, mereka juga ditemui di keseluruhan Illinois, Wisconsin dan Semenanjung Michigan, Minnesota, Iowa dan Missouri kecuali di bahagian selatan. Selain itu, ada juga yang mendiami keseluruhan utara Dakota, selatan Dakota, kecuali kawasan di barat serta seluruh Nebraska. Malah, mereka juga turut dijumpai di Kansas; sempadan dengan Oklahoma, serta utara dan tengah Oklahoma.[33][72][89][92]

    Di barat laut, mereka mendiami seluruh Montana serta sepanjang sempadan Idaho (yang terletak di Legeh Benua Amerika).[94] Di Wyoming, hanya di kawasan rendah berhampiran sempadan timur dan utara.[95] Di Idaho, subspesies ini dijumpai di sepanjang utara (Idaho Panhandle). Terkini, populasi dari Idaho dilihat berada di barat daya (berhampiran kedua-dua Sungai Payette dan Sungai Boise) dan di tenggara (berhampiran St. Anthony).[96] Di Washington, mereka dijumpai di sepanjang kawasan lembah sungai.[97] Di Oregon, mereka mendiami di sepanjang Lembah Sungai Columbia serta di Lembah Sungai Willamette utara Salem.[33][92][98]

    Di sebelah barat daya, taburan subspesies ini berselerak. Di Colorado, populasi ini menganjur dari sebelah timur, prairie, separuh dari negeri ini, namun, ia tidak dijumpai di kebanyakan kawasan barat, dan kawasan banjaran negeri. Bagaimanapun, mereka wujud di kawasan rendah di barat daya negeri (Archuleta dan La Plata), merangkumi utara New Mexico di Sungai San Juan.[99] Di New Mexico, taburan mereka merangkumi Rio Grande dan Sungai Pecos.[100] Di sungai berkenaan, mereka juga ditemui di bahagian utara barat Texas.[88] Di Utah, subsspesies ini mendiami kawasan selatan (Kane County) di sungai-sungai sehingga Sungai Colorado.[92][101][102] Di Arizona, mereka adalah spesies asli di situ, iaitu dari timur Tasik Lyman.[103][104] dan mereka bukanlah spesies asal dari Nevada atau California.[33][92]

    Di Mexico,[100] subspesies ini dijumpai kira-kira 50 batu ke selatan di New Mexico berhampiran Galeana di negeri Chihuahua. Dua ekspidisi[105][106] menjumpai kura-kura ini di lembangan Sungai Rio Santa Maria.[33][92]

    Taburan disebabkan manusia

    Kini, kura-kura ini didagangkan hampir ke seluruh dunia. Malah, ada pemilik yang tidak mahu menyimpan dan melepaskan kura-kura belaan ke persekitaran liar yang bukan lagi pada habitat asli mereka. Ini seterusnya membentuk populasi baru di sesetengah kawasan. Kebanyakannya dilepaskan ke Phoenix, Arizona,[103] Jerman, Indonesia, Filipina, serta Sepanyol.[3]

    Habitat

    Habitat biasa Kura-kura Berwarna di New Hampshire

    Kura-kura Berwarna memerlukan kawasan yang mempunyai air tawar seperti tasik, kolam dan sungai. Dasar air tersebut mestilah berpasir, mudah dikorek dan memiliki beberapa kawasan untuk mereka berjemur, serta dipenuhi tumbuhan akuatik. Setiap subspesies menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.[43]

    • Kura-kura Berwarna Timur bersifat akuatik, hanya meninggalkan kawasan berair apabila kemarau atau hanya bermigrasi.[63] Di sepanjang Atlantik, subspesies ini juga wujud di perairan payau.[43]
    • Kura-kura Berwarna Pertengahan dan Kura-kura Berwarna Selatan hanya mendiami kawasan berair yang tenang, biasanya di tebing-tebing tasik. Mereka memilih kawasan cetek yang mempunyai tumbuh-tumbuhan dan bebas pencemaran.[29][107]
    • Kura-kura Berwarna Barat mendiami sungai dan tasik. Seperti kura-kura lain, mereka juga boleh ditemui di kawasan-kawasan ladang berair dan kolam buatan. Terutamanya di kawasan setinggi 1,800 m (5,900 ka).[31]

    Rujukan

    WikiPedia: Chrysemys http://blog.conservancy.bc.ca/2010/08/protecting-t... http://www.env.gov.bc.ca/okanagan/esd/atlas/specie... http://www.hat.bc.ca/stewardship-projects/stewards... http://www.cbc.ca/news/canada/saskatchewan/record-... http://cfs.nrcan.gc.ca/subsite/glfc-amphibians/chr... http://dsp-psd.pwgsc.gc.ca/Collection/CW69-14-505-... http://www.sararegistry.gc.ca/species/speciesDetai... http://www.sararegistry.gc.ca/species/speciesDetai... http://www.boissevainrecorder.mb.ca/placed%20news/... http://museum.gov.ns.ca/amphibians/en/turtles/pain...