Chukai
Chukai

Chukai

Chukai atau Cukai merupakan bandar dan pusat pentadbiran daerah Kemaman, Terengganu, Malaysia. Terletak pada latitud 4° 15' Utara dan longitud 103° 25' Timur, ia adalah sebuah bandar yang bersempadan dengan negeri Pahang dan mempunyai bilangan penduduk melebihi 100 000 ribu orang. Keluasan daerah Kemaman ialah 8,000 batu persegi (254,000 hektar), ketiga selepas Hulu Terengganu dan Dungun. Kemaman mengadap Laut China Selatan. Daerah Kemaman terbahagi kepada 11 mukim dengan pusat pentadbiran dan ekonominya tertumpu di bandar Chukai.