Perbandingan Cicak-Man

Dalam pujian yang diberikan ada juga antara penonton dan orang ramai yang mengkritik hebat filem ini. Mansor Putih dalam temu ramah dengan Harian Metro menyifatkan ada kelainan dalam filem Cicak-Man, walau bagaimanapun mengatakan filem ini tiada pengisian iaitu tiada ‘jiwa’, nilai seni dan budaya.[12] Ada juga orang ramai[nyatakan menurut siapa?] cuba membandingkan Cicak-Man dengan Spiderman, Batman, Superman, Ultraman dan adiwira-adiwira lain yang datang dari Hollywood. Namun sebelum tayangan dibuka kepada awam di Malaysia, pengarahnya Yusry telah memberitahu supaya tidak membandingkan Cicak-Man dengan watak adiwira yang lain kerana bajetnya yang rendah hanya RM1.7 juta sahaja berbanding produksi Hollywood.