Produksi Cicak-Man

Penggambaran dilakukan menggunakan true-HD (definisi-tinggi) dan kegunaan imej janaan komputer (CGI) yang meluas, termasuklah hampir 40% daripada penggambaran dilakukan pada layar hijau atau green screen. Penggambaran dijalankan menggunakan kamera Definisi-Tinggi Sony F900 CineAlta. Cicak-Man ialah satu projek perintis bagi pengeluaran filem Malaysia dengan menggunakan kawalan gerakan, lagak ngeri dan pasukan-pasukan tali-temali lengkap dan pakaian yang direka bentuk. Dengan jumlah masa pembikinan melingkungi 36 hari, penciptaan Bandar Metrofulus adalah unik kerana bandar ini telah dicipta dengan begitu terperinci.

15 hari penggambaran telah diperuntukkan untuk penggambaran dalam studio, di mana pereka-pereka set telah mencipta 5 set saiz sebenar untuk penggambaran dalam dan luar studio, semua penggambaran dilakukan dengan layar hijau. Untuk lokasi luar, pelakon-pelakon berpakaian dengan satu tema, iaitu pakaian musim sejuk, demi mencipta iklim sejuk Bandar Metrofulus.

9 bulan penuh telah diperuntukkan untuk pasca produksi dan kesan visual dengan hampir 500 penggambaran kesan visual. Pasukan kesan visual yang diketuai oleh pengarah Yusry Abdul Halim, telah berjaya mewujudkan pemandangan Bandar Metrofulus dalam 3D juga tambahan elemen CGI seperti animasi watak, set digital tambahan dan ketidakkelihatan wayar. Lebih 90% kerja-kerja merotoskop dan penggubahan dilakukan di dalam KRU Films, juga bagi skor muzik dan kesan audio. Proses pemindahan kine telah dilakukan di Bangkok, Thailand di mana Cicak-Man telah selesai dalam bentuk Dolby Digital.[3]