Cina_Indonesia
Cina_Indonesia

Cina_Indonesia

Cina Indonesia ialah sebuah kelompok etnik yang penting dalam sejarah Indonesia jauh sebelum Republik Indonesia terbentuk. Selepas pembentukan negara Indonesia, maka suku bangsa Cina yang berkewarganegaraan Indonesia haruslah digolongkan secara automatik ke dalam masyarakat Indonesia secara setingkat dan setaraf dengan suku-suku bangsa yang lain yang membentuk Negara Kesatuan Republik Indonesia.Orang-orang Tionghoa Indonesia merupakan keturunan daripada orang-orang Cina yang berhijrah dari China secara berkala dan bergelombang sejak ribuan tahun dahulu. Catatan-catatan kesusasteraan Cina menyatakan bahawa kerajaan-kerajaan kuno di Nusantara telah mengadakan hubungan yang erat dengan dinasti-dinasti yang berkuasa di China. Faktor inilah yang kemudian menyuburkan perdagangan dan lalu lintas barang-barang mahupun manusia dari China ke Nusantara dan sebaliknya.Masyarakat Cina Indonesia seringnya merujuk kepada diri mereka sebagai Tenglang (Hokkien), Tengnang (Teochew), atau Thongnyin (Hakka), sedangkan dalam bahasa Mandarin disebut Hanren (Hanzi: 汉人, bahasa Indonesia: Orang Tang). Ini sesuai dengan kenyataan bahawa kebanyakan orang Cina Indonesia berasal dari China Selatan yang menyebut diri mereka sebagai "orang Tang", manakala orang-orang China Utara menyebut diri mereka sebagai "orang Han" (Hanzi: 漢人, hanyu pinyin: hanren, bahasa Indonesia: Orang Han).

Rujukan

WikiPedia: Cina_Indonesia http://www.indonesiamedia.com/rubrik/manca/manca99... http://www.mualaf.com http://groups.yahoo.com/group/budaya_tionghua http://groups.yahoo.com/group/budaya_tionghua/mess... http://www.library.ohiou.edu/subjects/shao/databas... http://www.obor.co.id/DetailBuku.asp?Bk_ISBN=979-4... http://sp2010.bps.go.id/files/ebook/kewarganegaraa... http://home.iae.nl/users/arcengel/NedIndie/chineze... http://www.nationaalarchief.nl/amh/detail.aspx?pag... http://www.ocac.gov.tw/download.asp?tag=P&file=Dow...