Cincau
Cincau

Cincau

Cincau (bahasa Inggeris: grass jelly atau leaf jelly; (bahasa Cina: 涼粉 liáng fěn or 燒仙草 shāo xiān cǎo; bahasa Hokkien: 仙草 sian-chháu; bahasa Indonesia: cincau hitam) ialah sejenis makanan bak agar-agar yang dipergunakan di China dan Asia Tenggara sebagai pembasuh mulut serta juga dalam minuman. Dikatakan bersifat diuretik, cincau dijual dalam bentuk tin atau bungkusan di pusat-pusat membeli-belah di Asia.Cincau dibuat dengan merebus rumput atau daun pudina (khususnya Pokok Cincau, Mesona chinensis) bersama-sama kalium karbonat dan kemudiannya mendinginkan cecairnya sehingga menjadi seolah-olah agar-agar. Cincau ini biasanya dicampurkan dengan sirap untuk menghasilkan sejenis minuman yang dianggap mempunyai sifat yin yang dapat menyejukkan badan. Warnanya minuman ini perang tua yang jernih, dengan cincau berbentuk lembar atau kiub di dalamnya. Rasanya sedikit merupai iodin. Cincau dijadikan minuman panas yang likat atau minuman berais di Taiwan. Ia juga boleh dicampurkan dengan air kacang soya untuk menghasilkan sejenis minuman yang dikenali sebagai "Michael Jackson" di Asia Tenggara dan Oakland (sila lihat laman web Kafe Uncle Lim). Di Asia Tenggara, cincau juga dicampurkan ke dalam berbagai-bagai pembasuh mulut, seperti ais kacang dan cendol.
Cincau telah dikilangkan di Indonesia sebagai sejenis serbuk segera seperti dengan serbuk agar-agar yang lain. Serbuknya yang lebih mudah digunakan diperbuat daripada daun Mesona palustris. Dua jenis tumbuhan yang lain yang juga dipergunakan ialah: