Cinta Antara Benua

Cinta Antara Benua ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 1997 arahan Tony Francis Gitom, dibintangi oleh Ahmad Idham, Azhar Sulaiman dan Asyanti Daut. Ia mengisahkan suka duka sekumpulan pelajar dari Malaysia yang mengharungi pelbagai cabaran, dugaan dan percintaan ketika menuntut di Newcastle dan London. Drama ini ditayangkan di slot Identiti TV3 dari 10 Februari 1997 hingga 17 April 1997.[1]Pada Disember 2017, Media Hiburan menyenaraikan Cinta Antara Benua sebagai salah satu daripada 5 drama Melayu terkenal pada dekad 1990-an.[2] Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Cinta Antara Benua

Lagu penutup "Cinta Antara Benua" oleh Arni Nazira
Bahasa Melayu
Negara asal Malaysia
Penerbit eksekutif Zarina Abd Rahman
Lagu pembukaan "Renungan Terakhir" oleh Nora
Pengarah Tony Francis Gitom
Penerbit Mohd Noor Kadir
Format gambar 576i (SDTV)
Format audio Stereo
Syarikat penerbitan Kuasatek Pictures
Lokasi
Tempoh siaran 23 minit
Siaran asal 10 Februari 1997 – 17 April 1997
Sinematografi Azri Izhar
Bilangan episod 40
Dibintangi oleh
Genre Drama
Cinta
Ditulis oleh Tony Francis Gitom
Saluran asal TV3