Plot Cinta_(filem)

Filem ini mengisahkan mengenai lima cerita yang mengisahkan mengenai cinta dari perspektif berbeza. Kesemua cerita, walau bagaimanapun, bergerak seiring sepanjang durasi filem ini.

Cerita 1

Arianna (Sharifah Amani) merupakan seorang wanita yang baru sahaja pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari Khalif (Gambit Saifullah) di tempat kerja. Setibanya dia di tempat kerja tersebut, dia diberitahu Khalif telah berhenti kerja. Ketika perjalanan pulang, dirinya telah diragut.

Taufiq (Pierre Andre) merupakan seorang editor yang lurus bendul bagi sebuah majalah mingguan yang hampir muflis. Dia sering dibuli di tempat kerjanya. Arianna telah datang ke pejabat Taufiq, meminta dia untuk mengiklankan rakannya yang hilang itu. Taufiq menurut permintaan Arianna dan membenarkan dia untuk tinggal di rumahnya memandangkan Arianna kini tinggal sehelai sepinggang.

Panggilan telefon dari mereka yang bernama Khalif telah memulakan perjalanan mereka berdua untuk mencari Khalif yang Arianna kenal. Sepanjang pengambaraan tersebut, Taufiq mulai jatuh hati terhadap Arianna. Setelah penat mencari, Taufiq cuba meluahkan perasaannya kepada Arianna tetapi Arianna pengsan.

Doktor mengesahkan Arianna mengandungkan anak Khalif. Taufiq berasa amat kecewa manakala Arianna meneruskan pencarian seorang diri. Arianna berjaya menemui Khalif yang sedang berfoya-foya dengan wanita lain. Arianna merasa tetipu dan perjalannya ke Kuala Lumpur sia-sia. Arianna, yang patah hati cuba menelefon ibunya tetapi kerana tekanan perasaan yang melampau, dirinya keguguran.

Arianna pulang ke rumah Taufiq untuk memaklumkan dia akan pulang ke Johor Bharu. Taufiq mengiringinya ke KL Sentral untuk menaiki bas. Setibannya mereka di KL Sentral, Khalif muncul dengan penuh penyesalan, ingin Arianna pulang kepadanya. Arianna merasa gembira sebelum sedar yang Taufiq telah memaklumkan kehamilannya kepada Khalif.Arianna mulai sedar bahawa Taufiq sahaja yang benar-benar jujur mencintainya.

Taufiq, pulang ke rumah dengan wajah yang sugul sebelum melihat Arianna sedang menunggunya di hadapan rumahnya. Mereka berpelukan selepas itu, kegembiraan.

Cerita 2

Azura (Fasha Sandha) merupakan seorang pekerja di sebuah kedai buku. Pada satu hari, Azlan (Eizlan Yusoff),pemilik sebuah majalah fesyen telah memasuki kedainya. Mereka mempunyai sedikit pertelagahan mengenai posisi majalah Azlan dipamerkan di kedai tersebut sebelum ketua kedainya menyelesaikan pertelagahan mereka. Sejak dari hari itu, Azlan mulai merasa gundah gulana kerana terkesima dengan kecantikkan dan keberanian Azura mengkritik majalahnya.

Azlan datang semula ke kedai Azura untuk meminta pendapatnya mengenai rekaan majalahnya yang terbaharu. Azlan kemudiannya mengajak Azura untuk makan malam bersama-sama. Azura menerima pelawaan tersebut. Sejak dari malam itu, hubungan mereka berdua semakin akrab dan bibit percintaan mulai mekar.

Selepas menyaksikan pementasan Puteri Gunung Ledang di Istana Budaya,sepasang wartawan telah menangkap gambar mereka berdua berpegangan tangan. Azlan secara spontan, melepaskan genggaman tangannya dari tangan Azura. Di dalam sesi temu bual dengan wartawan mengenai majalah baharunya, Azlan telah ditanya mengenai hubungannya dengan Azura. Azlan mengatakan mereka berdua hanyalah kawan semata-mata. Azura merasa kecewa dan mulai menjauhi Azlan.

Azura meletak jawatan dan mahu pulang ke kampung. Bos Azura memaklumkan kepada Azlan mengenai hal ini dan Azlan sempat menemui Azura di KL Sentral. Azlan tidak lagi merahsiakan hubungannya dengan Azura.

Cerita 3

Dyan (Nanu Baharuddin) merupakan seorang eksekutif di sebuah syarikat. Dia sering bercinta dengan suami orang, suatu perbuatan yang menyakitkan hati adiknya, Dhani (Que Haidar). Dhani pula merupakan seorang lepasan Universiti yang bekerja sebagai pelukis di Pasar Seni.

Rujukan

WikiPedia: Cinta_(filem) http://www.budiey.com/filem-love-filem-malaysia-te... http://www.cintathemovie.com/ http://variety.com/2007/film/reviews/cinta-1200555... http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2006/1/25/H... http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2006/12/26/... http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2006/12/6/H... http://www.sinemamalaysia.com.my/main/index.php?mo... http://www.thestar.com.my/story/?file=/2011/2/26/l... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt...