Cinta_Elysa

Cinta Elysa merupakan sebuah drama di TV3 menerusi slot Lestary setiap hari Selasa, mulai 13 September 2011 yang menyiarkan 13 episod dari jam 7.00 petang selama satu jam. Drama bersiri 13 episod terbitan Suhan Movies Trading ini diarahkan oleh sutradara Along Kamarudin dengan nukilan skrip oleh Sharifah Abu Salem turut membariskan pelakon-pelakon handalan seperti Dato’ Jalaluddin Hassan, Zila Bakarin, Addy Ashraf, Naim Daniel, Zaefrul Nordin dan Ika Nabila.