Penerbitan Cinta_Tiada_Ganti

Sana'y Wala Nang Wakas ialah sebuah telenovela Filipina yang diterbitkan dan disiarkan di ABS-CBN dari 2003 hingga 2004, dibintangi oleh Jericho Rosales dan Kristine Hermosa. Siri ini pertama kali disiarkan di Malaysia pada 2005 menerusi TV2 dan kemudiannya di Astro Prima dan juga pernah diulang siar di Astro Bella pada 2013.[5]

Menurut Pengarah Urusan Global Station Sdn. Bhd., Datin Zaiton Mohd Jiwa, Cinta Tiada Ganti ialah produk kelima terbitan Global Station dan dimampatkan menjadi 100 episod kerana versi asal Filipina mengandungi sebanyak 300 episod. Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur, Lembah Kelang dan Putrajaya. Skrip dan beberapa watak di dalam Sana'y Wala Nang Wakas juga telah disesuaikan untuk Cinta Tiada Ganti. Drama ini menggabungkan barisan pelakon lama dan baharu, Addy Ashraf dan Nelydia Senrose dipilih menjayakan watak utama.[6] Ben Amir dan Atikah Suhaime menyertai barisan pelakon drama ini. Penyanyi Khai Bahar membuat penampilan khas dalam Cinta Tiada Ganti, sekaligus menjadi lakonan pertamanya.[7]

Drama ini ditujukan khas dalam ingatan kepada Nor Amisah Abdullah yang memegang watak Mak Cik Diba kembali ke Rahmatullah pada 12 Ogos 2018 akibat penyakit sesak nafas, iaitu sebulan selepas tayangan perdana drama ini.[8]

Rujukan

WikiPedia: Cinta_Tiada_Ganti http://www.astroawani.com/berita-hiburan/dramatis-... http://www.gempak.com/artikel/11078/bergandingan-d... http://www.myinfotaip.com/2018/06/cinta-tiada-gant... http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pelakon-s... http://www.utusan.com.my/hiburan/jodohku-nyanyian-... http://www.utusan.com.my/hiburan/rendah-diri-senja... https://kbergetar04.blogspot.com/2018/07/drama-cin... https://www.layandramaonline.com/drama/cinta-tiada... https://www.hmetro.com.my/rap/2018/07/357393/cubaa... https://www.hmetro.com.my/utama/2018/03/317476/tak...