Cintaku_Satu

Cintaku Satu merupakan sebuah album studio ke-13 penyanyi etnik tersohor negara Noraniza Idris yang membawa elemen-elemen 1Malaysia. Album ini diterbitkan pada 30 Disember 2010. Album ini menyaksikan kerjasama Noraniza bersama angkatan artis-artis baru seperti Bob, Dior, Karen Tan, Jaclyn Victor dan ramai lagi.Cintaku Satu, begitulah tajuk album Noraniza Idris kali ini, mungkin sebagai perlambangan betapa cintanya Noraniza terhadap seni muzik tradisional Malaysia sehingga sanggup untuk terus memperjuangkannya, meski arus industri hiburan sekarang semakin kurang cenderung terhadap genre muzik sedemikian.Apa yang menarik tentang album ini, 9 daripada 10 lagu merupakan duet dengan artis undangan, secara tidak langsung menjadikan album ini berkonsepkan duet. Pasangan duet Noraniza juga bukan calang-calang. Ada yang baru, ada yang lama, dan hampir kesemuanya bukan dari latar belakang muzik tradisional. Jadi memang sesuatu yang menarik apabila mereka bergabung dengan Noraniza Idris.Secara keseluruhannya, album ini masih menggunakan konsep etnik fusion moden yang ditampilkan kali pertama melalui album Sawo' Matang. Penggunaan melodi tradisional, dipersembahkan dalam bentuk yang moden, dengan iringan alat muzik kontemporari dengan susunan muzik yang lebih komersil. Ternyata, perjalanan muzik Noraniza sudah pergi sangat jauh dibandingkan dengan zaman beliau di bawah penerbitan Pak Ngah.

Cintaku_Satu

Dikeluarkan pada 30 Disember 2010
Masa 45:44
Penerbit Zahid Idris
Genre Etnik Fusion
Syarikat Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd, eRama Records