Cisco_Systems
Cisco_Systems

Cisco_Systems

Cisco Systems, Inc. (NASDAQCSCO, SEHK: 4333) adalah sebuah perbadanan multinasional mempunyai 66,000 orang pekerja dan memperoleh keuntungan sebanyak 39 bilion Dolar Amerika pada tahun 2008. Beribu pejabat di San Jose, California, syarikat ini mereka bentuk dan menjual teknologi telekomunikasi dan rangkaian serta perkhidmatannya di bawah lima jenama iaitu Cisco, Linksys, WebEx, IronPort, dan Scientific Atlanta. Cisco adalah sebuah syarikat nombor satu di dunia dalam bidang Teknologi Maklumat yang mengeluarkan produk rangkaian.