Claude_Debussy
Claude_Debussy

Claude_Debussy

(Achille) Claude Debussy (AFA: /aʃil klod dəbysi/) merupakan seorang penggubah Perancis pada era romantis.Claude dilahirkan pada 22 Ogos 1862 di Saint-Germain-en-Laye, Seine-et-Oise, di kawasan pinggir barat daya Paris.[1] Dalam soal selidik Debussy sejurus selepas kematian penggubah ini, pengkritik Ernest Newman menulis "Amat keberatan dikatakan bahawa Claude menghabiskan sepertiga daripada kehidupannya dalam penerokaan diri, sepertiga lagi dalam kesedaran diri yang bebas dan gembira, dan baki sepertiga dalam kehilangan diri yang menyakitkan". Penggunaan istilah "Impresionis" terhadap Claude dan muzik yang dipengaruhinya sangat dibahaskan, semasa kehidupannya mahupun selepas itu. Dalam kalangan tokoh Perancis sebelumnya, Chabier merupakan pengaruh penting kepada Claude. Claude dianggap secara meluas sebagai salah 1 daripada tokoh yang paling berpengaruh pada kurun ke-20. Pada tahun 1904, Claude memainkan iringan piano untuk Mary Garden dalam rakaman untuk Compagnie française du Gramophone dengan 4 lagunya.