Clint_Dempsey

† Kemunculan (Gol).
Clinton Drew "Clint" Dempsey /ˈdɛmpsi/ (lahir 9 Mac 1983) adalah pemain bola sepak Amerika yang bermain untuk kelab Major League Soccer, Seattle Sounders FC. Beliau merupakan kapten pasukan kebangsaan Amerika Syarikat.[1] Beliau juga pernah bermain untuk New England Revolution, Fulham dan Tottenham Hotspur.Membesar di Nacogdoches, Texas, Dempsey bermain untuk salah satu kelab terbaik negeri itu, Dallas Texans, sebelum bermain untuk pasukan bola sepak lelaki Universiti Furman. Pada tahun 2004, Dempsey telah didraf oleh kelab Major League Soccer, New England Revolution. Beliau telah menjaringkan 25 gol dalam 71 penampilan untuk Revolution. Diantara tahun 2007 sehingga tahun 2012, Dempsey bermain untuk kelab Liga Perdana Inggeris Fulham dan merupakan penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dalam sejarah kelab itu.[2] Dempsey merupakan pemain Amerika Syarikat yang pertama untuk menjaringkan hatrik dalam Liga Perdana Inggeris, ketika kemenangan 5–2 ke atas Newcastle United pada bulan Januari 2012.[3]Dempsey pertama kali mewakili Amerika Syarikat ketika Piala Dunia Remaja FIFA 2003 di Emiriah Arab Bersatu. Beliau membuat penampilan pertama untuk pasukan senior pada 17 November 2004, ketika menentang Jamaica; beliau kemudiannya dinamakan dalam skuad Piala Dunia FIFA 2006]] dan menjaringkan satu-satunya gol pasukan Amerika Syarikat dalam pertandingan itu. Dempsey mencatat rekod gol terpantas dalam sejarah kelayakan Piala Dunia pasukan Amerika Syarikat dengan menjaringkan gol dalam masa 53 saat ketika membenam Barbados 8–0. Beliau memperbaiki rekodnya pada tahun 2012 selepas menjaringkan gol dalam masa 36 saat ketika kekalahan 2–1 kepada Jamaica. Ketika Piala Dunia FIFA 2010, Dempsey menjaringkan gol ketika menentang England, menjadikannya rakyat Amerika Syarikat yang kedua, selepas Brian McBride, untuk menjaringkan gol lebih daripada satu pertandingan Piala Dunia. Ketika Piala Dunia FIFA 2014, Dempsey sekali lagi memperbaiki rekodnya, menjaringkan gol dalam masa 30 saat ketika perlawanan menentang Ghana, dan merupakan gol kelima terpantas dalam sejarah Piala Dunia.[4]

Clint_Dempsey

2014 Fulham (pinjaman)
2007–2012 Fulham
2013– Seattle Sounders FC
2001–2003 Furman Paladins
Tarikh lahir (1983-03-09) 9 Mac 1983 (umur 36)
2004–2006 New England Revolution
2004– Amerika Syarikat
Kelab terkini Seattle Sounders FC
1998–2001 Dallas Texans
Nombor 2
2002–2003 Amerika Syarikat B20
Nama penuh Clinton Drew Dempsey
Posisi permainan Penyerang, Pemain Tengah
Tempat lahir Nacogdoches, Texas, Amerika Syarikat
2012–2013 Tottenham Hotspur
Tahun Pasukan
Ketinggian 6 ft 1 in (1.85 m)

Rujukan

WikiPedia: Clint_Dempsey http://bleacherreport.com/articles/2100421-team-us... http://www.fifa.com/tournaments/archive/confederat... http://www.goal.com/en-ca/news/4176/united-states/... http://www.mlssoccer.com/players/clint-dempsey http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.premierleague.com/en-gb/players/profile... http://www.soccerbase.com/players_details.sd?playe... http://en.uefa.com/teamsandplayers/players/player=... //web.archive.org/web/20140201033052/http://www.te... //web.archive.org/web/20140228181746/http://www.bb...