Clydebank
Clydebank

Clydebank

Koordinat: 55°53′59″N 4°24′02″W / 55.8997°N 4.4006°W / 55.8997; -4.4006Clydebank adalah sebuah bandar di West Dunbartonshire, Scotland. Bandar ini dibina di tebing sebelah utara Sungai Clyde. Bandar Clydebank menjadi pusat pertumbuhan pada penghujung kurun ke-19 dengan pembinaan kawasan perumahan untuk pekerja-pekerja di limbungan kapal. Clydebank menjadi satu daerah diraja pada 18 November 1886. Pada masa ini, Clydebank adalah bandar paling besar di daerah West Dunbartonshire dan mempunyai bilangan penduduk kira-kira 46,000 orang.Walaupun tidak diletakkan di bawah pihak berkuasa tempatan Bandaraya Glasgow, Clydebank adalah sebahagian daripada bandar gabungan Glasgow dan banyak rumah dan jalan-jalan berada dalam kawasan sempadan kedua-dua daerah tersebut.Penduduk Clydebank dikenali sebagai “Bankies” dan mempunyai semangat kedaerahan yang kuat. Mereka tidak melihat diri mereka sebagai orang West Dunbartonshire. Alamat pos ditetapkan sebagai “Clydebank, Dunbartonshire” dan bukannya “Clydebank, West Dunbartonshire” seperti yang sepatutnya.Satu kajian oleh Parti Kebangsaan Scotland (Scottish National Party) tahun 2003 menyatakan penduduk Clydebank tidak puas hati dengan status bandar mereka sebagai sebahagian daripada daerah West Dunbartonshire dan mahukan Majlis Perbandaran mereka (yang dihapuskan dalam tahun 1994) dihidupkan semula. Sebagai pilihan kedua, mereka mahu digabungkan dengan pihak berkuasa Glasgow.