Rumusan Coca-Cola

Sebagai satu strategi pemasaran awam yang dimulakan oleh Robert W. Woodruff, syarikat ini telah menghebahkan bahawa rumusan minuman Coca-Cola merupakan suatu rahsia perdagangan dalam perniagaan moden yang diketahui oleh beberapa orang pekerja sahaja. Rahsia ini termasuklah, ramuan yang dikenali "7X" yang selama ini dianggap sebagai komponen kamiran untuk Coca Cola. Walaupun begitu, sehingga kini tiada sesiapa yang mengetahui "X" itu merujuk kepada apa — walaupun adalah dipercayai pekerja Coca Cola mencampuradukkan minuman ini menurut nombor yang diberi kepada ramuan tertentu dan bukannya nama, untuk mengelakkan kemungkinan pekerja melakukan kejuruteraan terbalik keatas resipi Coca-Cola. Namun demikian, pembuat minyak wangi dan ahi sains pemakanan — melalui kaedah analisis yang moden — mampu mengenalpasti komposisi produknya, satu fakta yang disokong oleh kewujudannya banyak perisa minuman kola dan minuman bergas, seperti Pepsi.

Namun, terdapat khabar angin yang menyatakan resipi asal Coca Cola mengandungi kekacang mongolia, dan pada pertengahan 80-an apabila rahsia ini dibongkar oleh kerajaan Mongolia, mereka telah menaikkan harga komoditi ini. (Coca Cola telah membeli kekacang mongolia secara senyap melalui beberapa pengedar). Akibatnya, Coca Cola terpaksa menggantikannya dengan kekacang mongolia tiruan. Selepas itu, sama ada disebabkan usaha mereka untuk membuat keuntungan apabila ramuan rahsia mereka menjadi semakin mahal, atau perisa tiruan mereka tidak menjadi (dan syarikat ini memerlukan lebih masa agar orang ramai melupakan rasa Coca-Cola yang sebenar), 'Coke' yang baru telah diperkenalkan.

Berkaitan