Confucius

Kongzi (Cina Tradisional: 孔子; pinyin: Kǒngzǐ), Kongfuzi atau Kong Hu Cu (Cina Tradisional: 孔夫子; pinyin: Kǒng Fūzǐ); 551 SM - 479 SM) merupakan seorang ahli fikir serta filsuf masyarakat yang termasyhur di China.Falsafah beliau menekankan prinsip moral peribadi dan politik, ketepatan hubungan sosial, keadilan dan keikhlasan. Nilai-nilai ajarannya terkenal di China, berbanding ultrakeundangan dan Taoisme, sewaktu zaman dinasti Han. Digunakan sejak masa itu sebagai faham ortodoks maharaja, fikiran Kongzi telah diperkembangkan menjadi sebuah sistem falsafah yang luas dan lengkap, dan yang kini digelarkan Konfusianisme. Falsafah ini diperkenalkan kepada dunia Barat oleh seorang mubaligh Jesuit bernama Matteo Ricci; dia juga merupakan orang yang pertama untuk memberikan nama bahasa Latin kepada beliau iaitu Confucius (disebut [kon-fu-ki-us] atau [kon-fiu-syĕs]).Perbincangan dengan pengikut-pengikutnya yang menggambarkan keseluruhan ajarannya dihimpunkan setelah kematian beliau dalam suatu buku khas berjudul Lúnyǔ.