Congak
Congak

Congak

Congak ialah satu kaedah pengiraan yang hanya menggunakan otak manusia, tanpa bantuan kalkulator, komputer, atau pen dan kertas.Secara praktikalnya, pencongakan bukan sahaja membantu apabila tiada alat pengiraan, tetapi ia juga membantu dalam keadaan pengiraan cepat mesti dilakukan. Apabila sesuatu kaedah dibuat dengan lebih pantas dari kaedah konvensional (seperti yang diajar di sekolah), ia dipanggil kaedah pendek. Walaupun tujuan utamanya ialah untuk mempercepatkan pengiraan, pencongakan juga dipraktikkan dan ditambah dengan helah-helah untuk menunjukkan kemahiran pengiraan pantas.Hampir semua kaedah sebegini menggunakan sistem angka perpuluhan. Pemilihan radiks menentukan kaedah yang sesuai dan pengiraan yang mudah untuk dilakukan dalam fikiran. Contohnya, mendarab atau membahagi dengan 10 adalah sangat mudah untuk angka perpuluhan (cuma alihkan titik perpuluhan), sementara mendarab dan membahagi dengan enam belas adalah sukar; tetapi keadaan berbeza berlaku apabila asas perenambelasan digunakan.Terdapat banyak teknik berbeza untuk melakukan congakan, kebanyakannya adalah khusus untuk jenis-jenis masalahnya.