Prasarana Congo-Kinsasha

Pengangkutan

Pengangkutan rel negara ini diuruskan oleh Société nationale des Chemins de fer du Congo, Office National des Transports (ONATRA) dan Office des Chemins de fer des Ueles. Panjang jalan raya di negara ini ialah kira-kira 171,250 km, tetapi hanya 2,250 km daripada itu adalah berturap. Republik Demokratik Congo memiliki ribuan kilometer jalan air dengan panjang kira-kira 15,000 km.

Pengangkutan udara negara pula terdiri daripada sebuah syarikat penerbangan kebangsaan, Congo Airways yang berkhidmat di kawasan domestik dan berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa N'djili. Meskipun begitu, pesawat yang disahkan oleh negara ini diharamkan di lapangan-lapangan terbang Kesatuan Eropah kerana memiliki piawai keselamatan bertaraf rendah.[27]

Bekalan elektrik

Bekalan elektrik negara lazimnya berasal daripada sumber hidroelektrik seperti Empangan Inga di Sungai Kongo.[28] Akan tetapi, hanya kira-kira 15% penduduk negara memiliki bekalan elektrik dan diuruskan oleh Société nationale d'électricité.[29] Negara ini juga memiliki potensi dalam penjanaan tenaga suria dengan 836 pusat tenaga suria sudah dibina di negara ini dengan jumlah penghasilan kuasa sebanyak 83 kW.[30]