Constantinople
Constantinople

Constantinople

Constantinople (bahasa Yunani: Κωνσταντινούπολις, Konstantinopolis, atau Πόλις, Polis) atau Konstantaniah (bahasa Turki Uthmaniyah: قسطنطینیه, Kostantiniyye) merupakan nama lama bagi Istanbul. Bandar ini pernah dikuasai dan mejadi pusat pemerintahan empayar Rom dan Byzantine sebelum ditawan oleh kerajaan Empayar Uthmaniyah. Bandar ini pernah dikenali sebagai Byzantium tetapi dinamakan semula sempena Maharaja Constantine I yang membina semula dan membangunkannya pada 330 M. Ia dinamakan semula kepada nama sekarang Istanbul pada 1930[1][2] sebagai sebahagian dari pembaharuan Atatürk untuk Turki.Semasa zaman Empayar Byzantine, bandar ini mengalami kemajuan dan kemakmuran dan merupakan pusat keagamaan Kristian Ortodoks. Constantinople masih lagi merupakan pusat pentadbiran Gereja Kristian Ortodoks sehingga hari ini. Dalam pemerintahan Maharaja Justinian I, bangunan agung Hagia Sophia dibina.Pada 1453, Sultan Muhammad al-Fatih telah menyerang dan berjaya menawan Constantinople. Sultan Muhammad telah membina semula bandar ini, yang kemudiannya menjadi pusat pentadbiran kerajaan Empayar Uthmaniyah dari 1453 hingga 1922.

Constantinople

Diasaskan 330 SM
Nama alternatif Byzantion, Miklagard/Miklagarth, Tsargrad, Basileuousa (Queen of Cities), Megalopolis (the Great City)
Budaya Rom, Byzantine
Pembina Maharaja Constantine Agung
Koordinat 41°00′49″N 28°57′18″E / 41.01361°N 28.95500°E / 41.01361; 28.95500Koordinat: 41°00′49″N 28°57′18″E / 41.01361°N 28.95500°E / 41.01361; 28.95500
Zaman Purba Akhir hingga Zaman Pertengahan Akhir
Lokasi Istanbul, Wilayah Istanbul, Turki
Wilayah Thrace
Jenis Kota empayar
Luas 6 km2 (2.3 bt2) dipagari dalam Dinding Konstantaniah14 km2 (5.4 bt2) dipagari dalam Dinding Theodosius