Copa_America_1910_(tak_rasmi)

Edisi pertama Piala Copa America, tidak rasmi dan tidak pernah diiktiraf oleh CONMEBOL, telah diadakan di Argentina dari 29 Mei hingga 12 Jun, tahun 1910. Nama asal pertandingan ini adalah Copa Centenario Revolución de Mayo 1910 tetapi kemudiannya telah ditukar nama kepada Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan oleh CONMEBOL.Pertandingan ini diadakan bersempena ulangtahun ke-100 Revolusi Mei. Ia adalah kejohanan antarabangsa yang pertama di Amerika Selatan di mana ianya disertai lebih daripada dua negara. Sebelum ini, terdapat pertandingan antarabangsa yang hanya disertai Uruguay dan Argentina, dikenali sebagai copa Newton, copa Lipton atau Gran PREMIO de Honor Argentino. Pada mulanya, kejohanan ini dianggap yang pertama diadakan kerana disertai negara-negara pengasas CONMEBOL tetapi CONMEBOL mengiktiraf kejohanan yang diadakan pada tahun 1916 di Argentina Piala Copa Amerika yang pertama.

Copa_America_1910_(tak_rasmi)

Naib Juara  Uruguay
Tarikh May 29 - June 12
Jumlah perlawanan 3
Juara  Argentina
Penjaring terbanyak Juan Enrique Hayes (3 gol)
Tempat Ketiga  Chile
Jaringan gol 14 (4.67 per perlawanan)
Negara tuan rumah  Argentina