Copa_América

Piala Amerika atau Copa América merupakan kejohanan utama bolasepak yang diikuti oleh negara-negara CONMEBOL iaitu Brazil, Argentina, Uruguay, Paraguay, Chile, Peru, Ecuador, Bolivia, Colombia dan Venezuela. Kejohanan ini umumnya diadakan setiap dua tahun sekali. Format terkini kejohanan ini melibatkan 12 pasukan negara bertanding di dalam sesebuah negara tuan rumah yang dipilih mengikut abjad. Disebabkan CONMEBOL hanya mempunyai 10 buah negara di bawah naungannya, dua buah pasukan daripada naungan lain akan dijemput untuk memenuhkan kriteria 12 buah pasukan. Mexico (negara naungan CONCACAF) adalah pasukan jemputan pertama yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini pada tahun 1993 dan telah menyertai kejohanan ini untuk setiap edisi (sehingga sekarang), dengan satu lagi pasukan tambahan yang diambil dari konfederasi yang sama, kecuali untuk 1999, Jepun, (negara dari konfederasi AFC) telah mengisi jadual 12 pasukan. Argentina merupakan negara pertama yang menganjur kejohanan ini (pada tahun 1916) dan juga penganjur terbanyak iaitu 9 kali. Sejak edisi pertama, hanya 8 pasukan sahaja yang pernah menjuarainya, manakala Ecuador dan Venezuela tidak pernah menjadi juara. Pasukan Uruguay merupakan pasukan yang paling banyak memenangi kejohanan ini dengan 15 kali manakala juara bertahan, Chile, menjuarainya sebanyak 2 kali.

Copa_América

Juara semasa  Brazil (Gelaran Ke-9)
Pasukan paling berjaya  Uruguay (15 Gelaran)
Kawasan Amerika Selatan (CONMEBOL)
Laman web Copa América
Ditubuhkan 1916 (Kejohanan Bola Sepak Amerika Selatan)
1975 (Copa América)
Jumlah pasukan 12