Demografi Copenhagen

Gråbrødretorv, kawasan pusat Copenhagen

Bergantung pada sempadan mana yang digunakan, jumlah penduduk Copenhagen berbeza-beza perangkaannya. Institut Statistik Denmark menggunakan ukuran kawasan bandar yang terbina bersebelahan di Copenhagen, ini bermakna bilangan komuniti yang dikira dalam abstrak statistik sudah berubah berkali-kali, dalam edisi terkini abstrak yang merangkakan hampir 1.2 juta penduduk (1,153,615 (2008)). Perangkaan ini bukan hasil tepat daripada kaedah sukatan kawasan terbina terus-menerus 200 meter, kerana ada pengecualiannya: Kawasan pinggir bandar Birkerød dan Hørsholm dikecualikan, sementara seluruh Brøndby dan beberapa bahagian Ishøj dan Greve terangkum. Institut Statistik Denmark tidak pernah menyatakan kawasan bandaraya Copenhagen yang sebenar, yang sedia diketahui terdiri Copenhagen, Frederiksberg dan 16 daripada 20 perbandaran dalam daerah lama Copenhagen dan daerah Roskilde, termasuk lima perbandaran setara.[51]

Institut Statistik Denmark telah menyediakan takrifkan khusus bagi "tanah" (landsdele), untuk memenuhi keperluan statistik untuk taraf yang lebih rendah daripada rantau. Oleh itu, tanah bandaraya Copenhagen (København by) ditentukan oleh perbandaran Copenhagen, Dragør, Frederiksberg dan Tårnby, dengan sejumlah 667,228 penduduk pada awal tahun 2009.[26][27] Kawasan sekeliling Copenhagen pula tanah yang lain, iaitu subbandar Copenhagen (Københavns omegn), yang merangkumi perbandaran Albertslund, Ballerup, Brøndby, Gentofte, Gladsaxe, Glostrup, Herlev, Hvidovre, Høje-Taastrup, Ishøj, Lyngby-Taarbæk, Rødovre dan Vallensbæk, dengan seramai 508,183 orang (1 Januari, 2009).[26][27] Maka jumlah penduduk kedua-dua tanah itu ialah 1,171,709 orang. Tanah-tanah bandaraya dan pinggir bandar Copenhagan boleh ditentukan sebagai kawasan metropolitan, namun tidak begitu menyeluruh.

Rujukan

WikiPedia: Copenhagen http://www.architecture-page.com/go/people/profile... http://www.architecture.com/Awards/RIBAEuropeanAwa... http://www.architecture.com/Awards/RIBAEuropeanAwa... http://britishbattles.com/waterloo/battle-copenhag... http://www.copcap.com/ http://www.designboom.com/weblog/read.php?CATEGORY... http://www.dezeen.com/2008/10/05/suk-project-by-bi... http://www.euromonitor.com/Top_150_City_Destinatio... http://www.forbes.com/2008/07/21/cities-europe-lif... http://www.forumaid.com/default.asp?sid=1207