Geografi Copenhagen

Lokasi

Dewan Bandaraya CopenhagenKongens Nytorv

Wilayah bandaraya Copenhagen meliputi pesisir timur pulau Zealand (Sjælland), sebahagian pulau Amager dan beberapa pulau kecil semula jadi dan buatan di antara kedua-dua pulau besar tersebut. Di sebelah timur, Copenhagen menghadap Øresund, iaitu selat berair yang memisahkan Denmark dari Sweden, serta menghubungkan Laut Utara dengan Laut Baltik. Di pesisir pantai Sweden yang terletak di seberang Copenhagen, terletaknya bandar-bandar Malmö dan Landskrona.

Copenhagen ialah sebahagian kawasan Øresund yang terdiri daripada Zealand, Lolland-Falster dan Bornholm di Denmark, dan Scania di Sweden.

Perbandaran Copenhagen

Perbandaran Copenhagen ialah unit pentadbiran yang meliputi kawasan pusat bandaraya Copenhagen. Perbandaran ini merupakan sebahagian kecil bandaraya sebenar yang terletak dalam kawasan perbandaran kerana meliputi kawasan terbatas dan kawasan Frederiksberg pula merupakan perbandaran yang berasingan. Semenjak pembaharuan dilakukan pada tahun 2006-08, Copenhagen dibahagikan kepada 10 daerah rasmi.[25]

Daerah rasmiKawasan lain

Copenhagen Raya

Bandar gabungan Copenhagen terdiri daripada beberapa perbandaran. Selain perbandaran Copenhagen, perbandaran kedua terbesar ialah perbandaran Frederiksberg iaitu sebuah kawasan berasingan dalam Perbandaran Kopenhagen. Kedua-duanya terlingkung dalam Kawasan Ibu Negara Denmark yang merangkumi kebanyakan kawasan metropolitan Copenhagen.

Sebelum ini, kawasan-kawasan perbandaran Frederiksberg, Gentofte dan Copenhagen digunakan untuk menentukan liputan bandaraya Copenhagen. Kini, untuk memenuhi keperluan statistik dalam pembaharuan terkini yang berlangsung pada awal tahun 2007, konsep pentakrifan "tanah" (Landsdele) diperkenalkan yang di mana nama tanah itu pada pokoknya merupakan takrifan geografi dan statistik, padahal kawasannya tidak dianggap sebagai unit pentadbiran. Tanah Bandaraya Copenhagen merangkumi perbandaran-perbandaran Copenhagen, Dragør, Frederiksberg dan Tårnby, dengan jumlah penduduk seramai 667,228 orang pada awal tahun 2009.[26][27]

Copenhagen dan Frederiksberg ialah dua daripada tiga perbandaran Denmark yang masih tidak tergolong dalam sesebuah daerah. Pada 1 Januari 2007, kedua-dua perbandaran tersebut dilucutkan keistimewaan daerahnya lalu dijadikan sebahagian Kawasan Ibu Negara Denmark.

Rancangan Jari

Kawasan pinggir bandar Copenhagen dirancangkan mengikut Rancangan Jari (Bahasa Denmark: Fingerplanen) yang dilaksanakan sejak tahun 1947, untuk membahagikan kawasan pinggir bandar kepada lima "jari".[28] Landasan tren S dibina mengikut Rancangan Jari ini, manakala kawasan hijau dan lebuh raya didirikan di antara jari-jari tersebut.

Iklim

Copenhagen berada dalam zon iklim kebenuaan lembap yang bermusim panas terik (Pengelasan iklim Köppen: Dfb) yang dipengaruhi iklim lautan (Cfb). Oleh sebab bandar raya ini terletak dalam laluan sistem tekanan rendah Atlantik, Copenhagen mengalami pola cuaca yang tidak menentu sepanjang keempat-empat musimnya, di samping suhunya sekitar 5 darjah lebih tinggi daripada purata latitudnya (sekitar 55° Utara) di seluruh dunia, terutamanya disebabkan oleh Arus Teluk Atlantik yang menolak air panas dari sekitar Laut Sargasso ke arah barat laut, diikuti sistem tekanan yang rendah.

Kerpasannya adalah sederhana sepanjang tahun, dengan sedikit memuncak pada bulan Jun hingga Ogos. Salji turun sekitar musim Krismas hingga awal bulan Mac, tetapi liputan salji jarang bertahan lama. Hujan turun pada bulan Januari dan Februari sekerap salji turun, manakala suhu purata untuk kedua-dua bulan musim sejuk tersebut amat menghampiri takat beku.

Pada musim sejuk, cuacanya bergantung kepada latitud mana yang mengalami tekanan rendah Atlantik. Dengan sistem tekanan tinggi yang stabil di kawasan Alps, tekanan rendah dari barat daya melanda Scandinavia dan Jerman utara. Suhu ketika ini biasanya melebihi takat beku tidak kira siang dan malam. Apabila sistem tekanan tinggi yang stabil ini berada di Denmark, atau terus melanda kawasan timur laut seperti Finland atau Rusia, maka terhalangnya angin lembut dari Atlantik di barat daya, diikuti udara kutub utara atau timur laut, sementara suhunya turun dengan cepat ke bawah takat beku (jarang sekali di bawah -5 darjah Celsius pada waktu siang, dan -12 darjah pada waktu malam).

Musim bunganya setara dengan seluruh benua Eropah, tetapi tiba seminggu lewat kerana kesejukan perairan sekeliling. Musim luruhnya juga tiba awal seminggu kerana kesejukan air itu. Pada akhir bulan November dan Disember, suhu air biasanya lebih tinggi berbanding udara dengan keadaan angin sejuk. Dari tengah bulan Oktober hingga Februari, Copenhagen boleh dilanda beberapa ribut. Jarang sekali ribut berlaku pada musim panas.

Musim panasnya, seperti musim-musim lain, ialah sistem tekanan rendah yang lembut, berangin dan berhujan dari barat daya, dicampuri sekali-sekala oleh tekanan tinggi yang stabil. Dari akhir bulan April hingga pertengahan bulan September, sistem tekanan tinggi biasanya membawa langit yang cerah dan suhu yang agak panas.

 Suhu dan kerpasan purata untuk Kopenhagen 
BulanJanFebMacAprMeiJunJulOgoSepOktNovDisTahun
Suhu tinggi purata °C (°F)2
(36)
2
(36)
5
(41)
10
(50)
15
(59)
19
(66)
20
(68)
20
(68)
17
(63)
12
(54)
7
(45)
4
(39)
11.1
(52)
Suhu rendah purata °C (°F)-2
(28)
-2
(28)
-1
(30)
2
(36)
7
(45)
11
(52)
13
(55)
13
(55)
10
(50)
7
(45)
3
(37)
-1
(30)
5
(41)
Kerpasan mm (inci)36
(1.4)
24
(0.9)
34
(1.3)
35
(1.4)
40
(1.6)
45
(1.8)
57
(2.2)
55
(2.2)
53
(2.1)
47
(1.9)
52
(2)
47
(1.9)
525
(20.7)
Sumber: World Weather Information Service[29] 2009-11-30

Suhu purata tahunan: +8.1 °C

Rujukan

WikiPedia: Copenhagen http://www.architecture-page.com/go/people/profile... http://www.architecture.com/Awards/RIBAEuropeanAwa... http://www.architecture.com/Awards/RIBAEuropeanAwa... http://britishbattles.com/waterloo/battle-copenhag... http://www.copcap.com/ http://www.designboom.com/weblog/read.php?CATEGORY... http://www.dezeen.com/2008/10/05/suk-project-by-bi... http://www.euromonitor.com/Top_150_City_Destinatio... http://www.forbes.com/2008/07/21/cities-europe-lif... http://www.forumaid.com/default.asp?sid=1207