Copyleft
Copyleft

Copyleft

Copyleft ialah istilah terbitan permainan perkataan Inggeris Copyright ('Hak cipta'). Istilah 'Copyleft' merujuk kepada penggunaan undang-undang hak cipta untuk menawarkan hak bagi mengedar salinan dan pengubahsuaian sesuatu karya, dan mewajibkan hak yang sama dikekalkan dalam versi yang diubahsuaikan daripada karya itu. Dalam kata lain, 'copyleft' ialah kaedah am bagi membuat program komputer (atau karya lain) bebas (libre), dan memerlukan semua karya terbitan (karya yang diubahsuai atau dikembangkan) juga menjadi bebas.[1]Copyleft merupakan bentuk pelesenan dan boleh digunakan bagi mengekalkan syarat-syarat hak cipta bagi karya-karya seperti perisian komputer, dokumen, dan seni. Pada umumnya, undang-undang hak cipta digunakan pereka bagi menghalang orang lain daripada menyalin, mengubahsuai, atau mengedar salinan karya pereka tersebut. Bertentangan dengan ini, di bawah undang-undang copyleft, seseorang pereka dapat memberikan kebenaran kepada sesiapa yang menerima salinan tersebut untuk menyalin, mengubahsuai, atau mengedar karya tersebut. Selain itu semua salinan terbitan atau hasil pengubahsuaian juga diperlukan di bawah syarat-syarat pelesenan.Lesen-lesen copyleft (bagi perisian) mensyaratkan semua maklumat yang diperlukan bagi menyalin dan mengubahsuai perlu disediakan bagi penerima program boleh laku. Fail-fail Kod sumber lazimnya mengandungi syarat-syarat lesen dan mengiktiraf pereka atau pengarang.Lesen jenis Copyleft merupakan penggunaan baharu undang-undang hak cipta sedia ada bagi memastikan sebuah karya itu kekal bebas. Lesen Awam Am GNU ('GNU General Public License, GPL'), yang asalnya dikarang Richard Stallman, ialah lesen copyleft pertama yang digunakan secara meluas, dan masih kekal sebagai lesen utama persisian yang 'copyleft'. Creative Commons, sebuah pertubuhan non-profit yang ditubuhkan oleh Lawrence Lessig, memberi syarat lesen yang agak sama yang dikenali sebagai ShareAlike.

Rujukan

WikiPedia: Copyleft http://www.amazon.com/Copy-Rip-Burn-Politics-Sourc... http://www.amazon.com/Success-Open-Source-Steven-W... http://www.eyemagazine.com/opinion.php?id=117&oid=... http://www.oreilly.com/openbook/freedom http://www.oreilly.com/openbook/freedom/ch07.html http://www.oreillynet.com/pub/a/policy/2001/12/12/... http://papers.ssrn.com/sol3/papers.cfm?abstract_id... //doi.org/10.1145%2F987491.987494 http://www.free-soft.org/gpl_history/emacs_gpl.htm... http://fsfeurope.org/projects/gplv3/barcelona-rms-...