Cordell Hull (lahir di
Olympus,
Pickett County,
Tennessee ,
2 Oktober 1871 – meninggal di
Washington DC ,
23 Julai 1955 pada umur 83 tahun) ialah seorang
senator dari
Tennessee,
Amerika Syarikat.Ia lulus dari Fakulti Undang-undang
Universiti Cumberland,
Lubnan, Tennessee, pada tahun 1891, lalu diterima sebagai peguam pada tahun yang sama dan mula berpraktek di
Celina, Tennessee. Ia juga merupakan ahli
Dewan Perwakilan Amerika Syarikat antara tahun
1893 -
1897. Selama
Perang Sepanyol-Amerika ia berkhidmat dengan pangkat
kapten, selepas itu ia menjadi
hakim di lingkaran kehakiman ke-5 di Tennessee (
1903 -
1906), lalu dilantik sebagai ahli
Demokrat ke-60 dan keenam kongres berikutnya (
4 Mac 1907 -
3 Mac 1921).Ia gagal sebagai calon untuk pemilihan semula pada tahun
1920 ke Kongres ke-67, lalu menjabat sebagai ketua
Jawatankuasa Eksekutif Nasional Parti Demokrat antara tahun 1921 -
1924, selepas itu dipilih lagi ke Kongres ke-68 dan 3 kongres berikutnya (4 Mac
1923 - 3 Mac
1931). Ia bukan calon lagi untuk renominasi pada tahun
1930, kerana telah menjadi kanfifat untuk senator, lantas ia dipilih ke
Senat Amerika Syarikat dari
Demokrat pada tahun 1930 dan berkhidmat dari tarikh 4 Mac 1931, hingga 3 Mac 1933, ketika ia menjabat sebagai
Setiausaha Negara Amerika Syarikat. Ia dipilih sebagai setiausaha negara dalam kabinet
Franklin Delano Roosevelt, menjabat hingga tarikh
1 Disember 1944.Ia dikenali sebagai Bapak PBB, dianugerahkan
Nobel Keamanan pada tahun
1945. Setelah habis masa jabatannya, ia tinggal di
Washington, DC hingga kematiannya. Ia dikebumikan di Kubah Makam Tengah di Gereja St. Joseph of Arimathea di
Katedral Washington,
Washington D.C..