Cornelius_Fudge
Cornelius_Fudge

Cornelius_Fudge


Cornelius Oswald Fudge adalah salah satu watak rekaan dalam siri Harry Potter karangan J. K. Rowling. Beliau merupakan Menteri Sihir British yang menjawat sejak 1990 hingga 1996. Fudge muncul buat pertama kali dalam Harry Potter dan Bilik Rahsia, tetapi sebelum itu pernah disebut namanya dalam Harry Potter dengan Batu Hikmat.Nama belakangnya, "Fudge" dalam bahasa Inggeris bermaksud "berlaku curang, memalsukan", sehingga memberi kesan bahawa beliau "berbuat curang" dalam jawatannya. Kebiasaannya, beliau digambarkan memakai jubah bergaris-garis, topi bundar berwarna hijau limau, dan kasut lars berwarna ungu.Dalam filem, beliau dilakonkan oleh Robert Hardy.