Count
Count

Count

Count adalah gelaran ke atas seorang lelaki bangsawan di negara-negara Eropah; pasangannya dipanggil sebagai countess. Perkataan count diInggeriskan daripada perkataan dalam bahasa Perancis comte, yang mana berasal daripada perkataan Latin comes—di dalam akusatifnya comitem—bermakna "teman", dan kemudian "teman kepada maharaja, duta kepada maharaja". Istilah setara di Britain adalah earl (yang mana pasangannya juga dikenali sebagai "countess", ekoran kekurangan istilah Inggeris-Saxon). Nama pilihan lain bagi pangkat "Count" dalam struktur kebangsawanan juga di gunakan dinegara-negara lain, seperti Hakushaku semasa era kemaharajaan Jepun.