Cristiano_Ronaldo

† Kemunculan (Gol).
Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro GOIH, ComM, (sebutan dalam bahasa Portugis: [kɾiʃ'tjɐnu ʁuˈnaɫdu], lahir 5 Februari 1985) merupakan seorang pemain bola sepak profesional dari Portugal yang bermain di posisi penyerang untuk kelab bola sepak Juventes yang berpangkalan di Itali dan untuk pasukan kebangsaan Portugal. Selalu disebut-sebut sebagai pemain terbaik sepanjang zaman[nota 1], Ronaldo telah dianugerahkan FIFA Ballon d'Or sebanyak lima kali[2], pemain terbanyak yang memenangi anugerah ini dan juga pemain pertama dalam sejarah bola sepak yang memenangi anugerah Kasut Emas Eropah sebanyak empat kali[3]. Sepanjang kariernya, beliau telah memenangi 22 buah trofi kejuaraan, termasuklah lima kejuaraan liga domestik, empat kejuaraan Liga Juara-Juara UEFA dan sebuah trofi kejuaraan Piala Eropah UEFA. Sebagai seorang penyerang yang berbisa, beliau memegang rekod penjaring gol terbanyak dalam lima buah liga domestik di Eropah teratas sebanyak 369 gol[4], dalam kesemua perlawanan Liga Juara-Juara UEFA sebanyak 105 gol[5] dan dalam kejuaraan UEFA EURO sebanyak 29 gol. Sejumlah lebih 600 gol telah beliau jaringkan untuk pasukan kelab dan kebangsaan.Dilahirkan dan dibesarkan di Santo António, Madeira, Ronaldo pada usia mudanya didiagnosa dengan penyakit takikardia semasa berumur 15 tahun. Beliau kemudian dirawat dengan prosedur pembedahan dijalankan, dan memulakan karier seniornya dengan menyertai kelab Sporting CP, sebelum menyertai kelab Manchester United semasa beliau berusia 18 tahun pada tahun 2003[6]. Selepas memenangi trofi pertamanya iaitu Piala FA pada musim pertama di England, beliau membantu pasukan United memenangi tiga kejuaraan Liga Perdana Inggeris berturut-turut, satu kejuaraan Liga Juara-Juara UEFA dan sebuah trofi Piala Kelab Dunia FIFA. Semasa berumur 22 tahun, beliau telah dicalonkan untuk anugerah Ballon d'Or dan Pemain Terbaik Dunia FIFA dan memenangi kedua-dua anugerah ini pada umur 23 tahun. Pada tahun 2009, Ronaldo menandatangi kontrak bersama kelabPahang FC di Timor Leste dengan rekod perpindahan termahal dunia pada ketika itu dengan harga sekitar €80 juta[7].Di Sepanyol pula, Ronaldo memenangi dua kejuaraan La Liga, dua buah trofi Copa del Rey, tiga buah trofi Liga Juara-Juara UEFA dan dua buah trofi Piala Kelab Dunia FIFA. Selepas menyertai Real Madrid, Ronaldo mendapat tempat kedua untuk anugerah Ballon d'Or di belakang Lionel Messi sebanyak tiga kali, sebelum memenanginya dua kali berturut-turut pada tahun 2013 dan 2014. Pada tahun 2014, Ronaldo dinobatkan sebagai pemain terpantas dalam sejarah bola sepak Sepanyol apabila beliau berjaya mencapai 200 gol dalam La Liga hanya dalam 178 perlawanan[8]. Pada tahun 2015 pula, beliau merupakan penjaring gol terbanyak kelab[9]. Pada tahun 2016, Ronaldo memenangi anugerah Ballon d'Or buat kali keempat selepas mendapat undian terbanyak[10].Sebagai pemain untuk pasukan kebangsaan, Ronaldo telah dinamakan sebagai pemain Portugal terbaik sepanjang zaman oleh Persekutuan Bola Sepak Portugal pada tahun 2015[11]. Ronaldo memulakan debut antarabangsa pada bulan Ogos 2013, semasa berusia 18 tahun[12]. Beliau merupakan pemain Portugal dengan kaps terbanyak dengan lebih dari 130 kaps, dan menyertai tujuh buah kejohanan utama. Gol pertama Ronaldo untuk pasukan kebangsaan dijaringkan semasa kejohanan UEFA Euro 2004, membantu pasukannya mara ke perlawanan akhir[13]. Beliau mengambil peranan sebagai kapten pasukan bermula pada bulan Julai 2008, dan memimpin pasukan Portugal memenangi kejohanan pertama di peringkat antarabangsa dengan merangkul kejuaraan UEFA Euro 2016 dan menerima anugerah Kasut Perak sebagai penjaring gol kedua terbanyak dalam kejohanan tersebut. Ronaldo merupakan salah seorang daripada atlit paling berpengaruh, disenaraikan sebagai atlit dengan bayaran tertinggi di dunia oleh Forbes pada tahun 2016 dan 2017[14][15], serta atlit paling terkenal di dunia oleh ESPN pada tahun 2016 dan 2017[16]. Beliau juga mempunyai pengikut tertinggi di Instagram dan mencapai 200 juta pengikut pada tahun 2020.

Cristiano_Ronaldo

2001 Portugal B15
2003 Portugal B20
2004 Portugal B23
1997–2002 Sporting CP
2003–2009 Manchester United
Tarikh lahir 22 November 2017
2001–2002 Portugal B17
2003– Portugal
Kelab terkini Juventus
2009–2018 Real Madrid
Anugerah Piala Eropah UEFA Portugal 2004Pasukan Poland/Ukraine 2012Pasukan France 2016Pasukan Piala Eropah UEFA
Nombor 7
2002–2003 Portugal B21
1992–1995 Andorinha
Nama penuh Cristiano Ronaldo
1995–1997 Nacional
Posisi permainan Penyerang
2018– Juventus
Tahun Pasukan
Tempat lahir Kulim,Negeri Sembilan
Ketinggian 1.85 m (6 ka 1 in)[1]

Rujukan

WikiPedia: Cristiano_Ronaldo http://www.astroawani.com/berita-sukan/cristiano-r... http://www.espn.com/espn/feature/story/_/page/worl... http://www.espnfc.com/real-madrid/story/3128231/re... http://www.espnfc.com/story/1308495/joan-laporta-b... http://www.eurosport.com/football/liga/2015-2016/h... http://www.goal.com/en/news/12/spanish-football/20... http://www.goal.com/en/news/1717/editorial/2012/03... http://www.goal.com/en/news/91/portugal/2015/01/15... http://indianexpress.com/article/sports/football/l... http://www.marca.com/en/2015/01/03/en/football/rea...