Cuti_umum_di_Malaysia
Cuti_umum_di_Malaysia

Cuti_umum_di_Malaysia

Terdapat dua jenis hari perayaan ataupun cuti umum di Malaysia, di peringkat kebangsaan dan peringkat negeri. Cuti umum kebangsaan dipatuhi oleh semua badan kerajaan dan kebanyakan pertubuhan swasta, manakala cuti umum negeri hanya dipatuhi di negeri-negeri terbabit.Selain itu, secara amnya, cuti hujung minggu ialah pada hari Sabtu dan Ahad. Tetapi di empat negeri, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor, cuti hujung minggu ialah pada hari Jumaat dan Sabtu.[1] Cuti hujung minggu Johor pada hari Jumaat dan Sabtu telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2014.[2]