D'Everberg_Belgium
D'Everberg_Belgium

D'Everberg_Belgium

Barbu d'Everberg, Bahasa Belanda: 'Everbergse Baardkriel', adalah sejenis baka ayam Bantam yang berasal daripada Belgium. Ia merupakan kelainan ayam jenis Barbu d'Uccle yang tidak mempunyai ekor, dan mula dibiakan sekitar tahun 1906 di Château d'Everberg, Everberg yang terletak dalam perbandaran Kortenberg, antara Brussels dan Leuven.[1] Ia merupakan antara baka ayam yang paling terancam di Belgium, dan pada tahun 2010 status pemuliharaannya dikelaskan sebagai "kritikal". Ayam ini merupakan baka ayam Bantam sebenar, iaitu ia tidak mempunyai versi bersaiz besar. Ayam jantan seberat 700–800 grams, manakala ayam betina adalah 550–650 g.[1]Barbu d'Everberg disenaraikan sebaga sejenis baka ayam oleh Entente Européenne.[2] Di Britain dan Belanda, ia dianggap sebagai satu kelainan bagi ayam Barbu d'Uccle berbanding satu baka yang berbeza.[3][4]

D'Everberg_Belgium

Negara asal Belgium
PCGB Bantam asli[3]
Berat Jantan: 700–800 g[1]
Status pemuliharaan Kritikal[1]
Nama lain